Dua Ahli CWC MIC Dipecat

Diterbitkan: Isnin, 24 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: MIC hari ini memecat dua orang ahli Jawatankuasa Kerja MIC (CWC) K.P Samy dan G. Kumar kerana menentang pucuk pimpinan parti.

Menurut sumber terdekat parti itu, kedua-dua ahli berkenaan dipecat kerana meminta presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu meletak jawatan tahun ini demi kepentingan masyarakat.

KP Samy dan Kumar Aamaan telah mengesahkan bahawa mereka telah dipecat mereka selepas menerima surat pemecatan masing-masing petang tadi.

Kedua-dua ahli CWC berkenaan telah menyatakan sokongan terhadap bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan ang dipecat minggu lalu di samping menggesa Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu meletakkan jawatannya dengan kadar segera.

KP Samy berkata surat yang diterimanya serupa dengan Mugilan yang menyatakan beliau dipecat kerana menentang pucuk pimpinan parti di bawah artikel 14.2.1 dan 58(2).

Menurutnya, beliau akan mengadakan sidang media tidak lama lagi.

Sementara itu, ketika dihubungi Kumar Aamaan berkata, orang ramai akan bersimpati terhadap pemecatannya.

“Tuhan akan tahu dan Perdan Menteri akan mengambil tindakan yang selanjutnya,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis terhadap kumpulan Gerakan Anti Samy Vellu (GAS) kerana bimbang kumpulan berkenaan akan memecahbelahkan perpaduan masyarakat India di negara ini.

Menurut Presiden Persatuan Pembangunan dan Pencegahan Jenayah Kuala Lumpur dan Angkatan Sukarelawan Anti-Dadah,S. Jeevan Ramamurthy, beliau membuat laporan kerana GAS telah mengedarkan sekeping cakera padat (CD) yang memburuk-burukan Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu.

“Kami bimbang kandungan video berkenaan akan merosakkan dan menghasut orang ramai supaya membenci Presiden MIC yang mana ia akan menyebabkan pergolakkan yang serius dikalangan masyarakat India di negara ini,” katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Brickfileds di sini pada pukul 2 petang tadi.

Beliau berharap polis menjalankan siasatan terhadap kandungan video dan mengambil tindakan terhadap pihak yang bertanggungjawab mengedarkan CD berkenaan.

Jeevan turut menggesa pihak polis mengambil tindakan terhadap kumpulan berkenaan sekiranya mereka berdegil untuk mengadakan perhimpunan tanpa permit yang dijadualkan berlangsung pada 30 Mei ini.

Sabtu lalu, bekas Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan berkata GAS akan mengadakan satu perhimpunan pertamanya Ahad depan dan mensasarkan penyertaan kira-kira 7,000 penyokong.

Sabtu lalu, Mugilan menubuhkan GAS bagi mendesak Samy Vellu meletakkan jawatan sebagai presiden MIC dengan kadar segera.

Mugilan berkata, pergerakan tersebut akan menerangkan kepada ahli-ahli MIC dan rakyat Malaysia mengapa Samy Vellu perlu meletakkan jawatan sebagai presiden parti.

"GAS adalah himpunan golongan yang menentang Samy Vellu, kita akan terus mendesak sampai beliau letak jawatan dan memberi laluan kepada orang lain untuk menerajui parti," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Mugilan, 35, dipecat daripada MIC kerana kenyataannya yang mendesak supaya Samy Vellu berundur daripada jawatannya dengan segera.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan