Dayang Madinah Dilantik Senator

Diterbitkan: Isnin, 24 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Naib Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Dayang Madinah Tun Abang Openg dilantik sebagai senator bagi menggantikan Datuk Seri Empiang Jabu yang akan tamat tempoh perkhidmatan pada 11 Julai ini.

Madinah, 56, dibesarkan dalam keluarga politik yang terlibat dalam pembentukan dan pembangunan Sarawak, di mana ayah beliau Allahyarham Tun Abang Openg Abang Sapiee adalah Yang Dipertua Negeri Sarawak yang pertama manakala abangnya adalah Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar, Datuk Amar Abang Johari.

Beliau merupakan wanita ketiga dari Sarawak dilantik sebagai Anggota Dewan Negara selepas Empiang daripada PBB dan Doris Brodie daripada Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Madinah, seorang usahawan, merupakan wanita Melayu pertama dari Sarawak yang dilantik sebagai senator.

Beliau yang memperoleh pendidikan awal di Sekolah Rendah dan Menengah St Mary di sini sebelum melanjutkan pelajaran ke UiTM dalam bidang sains pengurusan dan pentadbiran.

Beliau yang aktif dalam politik sejak 1983 merupakan seorang pejuang wanita yang komited dan pernah dilantik sebagai setiausaha pergerakan wanita pada tahun 1989 hingga 1995 dan menggangotai Majlis Tertinggi Pergerakan Wanita PBB dari tahun 1987 hingga sekarang. Dalam bidang kemasyarakatan, Madinah bergiat aktif dalam pelbagai pertubuhan sukarela yang melibatkan pembangunan wanita, pernah dilantik sebagai Anggota Jawatankuasa Biro Wanita Saberkas Sarawak, Pengerusi Pembangunan Wanita dan Keluarga bagi Kawasan Petra Jaya dan Anggota Lembaga Pengarah Koperasi Wanita Sarawak Bhd (KOWASA).

Menteri di Pejabat Ketua Menteri, Datin Fatimah Abdullah yang mencadangkan pelantikan Madinah yakin pengalaman dan dengan latar belakang keluarganya, akan memberi ruang yang lebih besar dan luas di Dewan Negara untuk membangunkan Sarawak dan menyumbang kepada pembangunan negara.

Ketika ditemui pemberita di lobi Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak, Madinah berkata beliau akan memainkan peranannya sebagai Anggota Dewan Negara dan menyuarakan isu yang melibatkan wanita dan pembangunan negeri Sarawak. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan