Cadangan ‘Bayaran Kemajuan’ Elak Kontraktor Seleweng

Diterbitkan: Isnin, 24 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) mencadangkan supaya kerajaan mewujudkan ‘bayaran kemajuan’ kepada kontraktor bagi mengelakkan sebarang penyelewengan berlaku dalam pembinaan rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

Presiden PKMM, Datuk Mokhtar Samad berkata, bayaran kemajuan adalah bayaran kepada kontraktor berdasarkan fasa projek yang telah dimajukan.

Menurutnya, pendekatan itu sekali gus memberi kelancaran kepada PPRT kerana antara masalah yang sering timbul adalah kos pembinaan.

“Kebanyakan kontraktor yang dipilih merupakan kontraktor kelas F yang di antaranya masih baru dan tidak mempunyai modal yang cukup.

“Kos rumah PPRT mungkin kecil, namun kos bahan binaan di pasaran sekarang tidak relevan berbanding dengan tawaran,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Kemajuan Wilayah dan Luar Bandar, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang memberi amaran tidak akan menjelaskan bayaran kepada kontraktor yang gagal membina rumah di bawah PPRT mengikut spesifikasi dan syarat yang ditetapkan.

Amaran itu merupakan pandangan serius terhadap kontraktor yang menyeleweng dan mementingkan keuntungan semata-mata sehingga mengabaikan amanah dan tanggungjawab sosial.

Mohd Shafie menegaskan bahawa kerajaan bersungguh-sungguh untuk membina lebih banyak rumah kepada golongan miskin di seluruh negara.

Bagaimanapun sehingga kini masih belum ada laporan mengenai penyelewengan di kalangan kontraktor terhadap projek berkenaan.

Mohktar berkata, tidak dinafikan niat kerajaan amat baik dalam membantu rakyat yang kurang bernasib baik dengan menyediakan tempat tinggal lebih sempurna.

Bagaimanapun jelasnya, kerajaan juga seharusnya membantu kontraktor Bumiputera terutama kontraktor kelas F supaya terus ‘bernafas’ dalam industri.

“Jika mereka tidak dapat menyiapkan pembinaan mungkin bukan disebabkan penyelewengan, namun kerana masalah kekurangan modal.

“Justeru, kerajaan perlu mempertimbangkan semula mekanisme tawaran kepada kontraktor dan cadangan bayaran kemajuan antara kaedah untuk menyelesaikannya.

“Bayaran kemajuan ini sekurang-kurangnya membantu kontraktor untuk membuat pusingan modal bagi meneruskan pembinaan mengikut piawaian dan siap tepat pada masa,” ujarnya.

Beliau menambah, kerajaan dan kontraktor terbabit boleh menyelesaikan melalui rundingan bersama berhubung masalah, mekanisme dan cadangan.

Mohktar turut menasihatkan semua kontraktor supaya membuat aduan dengan mana-mana persatuan kontraktor sekiranya mempunyai masalah.

“Seperti PKMM, kami sedia berbincang, memberi khidmat nasihat serta bimbingan bagi membantu kontraktor menyelesaikan sebarang masalah berkaitan,” katanya.

Setakat ini, PKMM mempunyai lebih 20,000 ahli di seluruh negara dan daripada jumlah itu lebih 14,000 ahli merupakan kontraktor kelas F.

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan