Balai Polis Bergosong Bernilai RM8 Juta Dibuka Secara Rasmi

Diterbitkan: Isnin, 24 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Balai polis baru Bergosong di Pulau Sebatik, kira-kira 20 minit perjalanan menggunakan bot laju dari bandar Tawau, dibuka secara rasmi hari ini.

Pembukaan balai bernilai RM8 juta berkenaan, yang turut dihadiri Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Noor Rashid Ibrahim, dirasmikan oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman Komisioner Datuk Zul Hasnan Najib Baharuddin.

Dalam ucapannya Zul Hasnan berkata dengan adanya balai polis baru berkenaan, ia akan memberi kemudahan dan perkhidmatan kepada kira-kira 3,650 penduduk beberapa buah kampung di pulau berkenaan.

"Polis Diraja Malaysia berharap menerusi ini (membina balai polis baru) ia akan mempercepatkan masa tindak balas atau kehadiran polis di sesuatu lokasi sekiranya berlaku sesuatu perkara tidak diingini," katanya.

Balai polis asal Bergosong mula dibina pada pada tahun 1964 dengan keluasan pentadbirannya merangkumi kawasan 38 batu persegi (98 kilometer persegi). Bahagian selatannya bersempadan dengan daerah Sungai Nyamuk di negara jiran, Indonesia.

Terdahulu, Noor Rashid dalam ucapannya berkata pembinaan balai polis baru berkenaan adalah bertepatan dengan kepesatan pembangunan yang berlaku di Tawau.

Mengenai kadar jenayah di Tawau, Noor Rashid berkata indeks jenayah di daerah itu dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini ialah 406 kes meningkat daripada 292 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu. Jumlah kes yang berjaya diselesaikan ialah 115 kes.

Katanya turut mengalami peningkatan dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini ialah kes berkaitan dadah iaitu 621 kes berbanding 312 kes dalam tempoh yang sama tahun lalu.

"Peningkatan itu memerlukan kerjasama daripada semua pihak untuk memeranginya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan