Najib Beri Penghormatan Terakhir Kepada Bekas TPM Singapura

Diterbitkan: Ahad, 23 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor pada hari Ahad berada di Rumah Parlimen bagi memberi penghormatan terakhir kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Singapura Dr Goh Keng Swee.

Goh, 91, salah seorang daripada pengasas republik itu meninggal dunia pada 14 Mei selepas lama uzur.

Najib dan isteri tiba di sini semalam untuk lawatan dua hari ke republik itu.

Najib akan bertemu Perdana Menteri Lee Hsien Loong semasa majlis makan malam di Pulau Sentosa malam ini dan menghadiri pemukiman para pemimpin di Hotel Shangri-La pada Isnin.

Goh, seorang peranakan yang dilahirkan di Melaka pada 6 Okt, 1918, bersara sebagai Timbalan Perdana Menteri pada Disember 1984, atas sebab-sebab peribadi.

Goh yang disifatkan sebagai "Arkitek Ekonomi" Singapura telah memberi sumbangan besar dalam membentuk kemajuan Singapura menjadi sebuah negara yang makmur sebagai Menteri Kewangan yang pertama pada 1959 dan kemudiannya sebagai Menteri Pertahanan bagi Singapura yang merdeka.

Mendiang merupakan anak kepada sebuah keluarga kaya di Melaka.

Bapanya, Goh Leng Inn, merupakan pengurus ladang getah, ibunya berasal dari sebuah keluarga yang melahirkan ahli politik terkenal Malaysia Tun Tan Cheng Lock dan anaknya Tun Tan Siew Sin.

Selepas diberi penghormatan negara di Rumah Parlimen sejak Jumaat, mayat mendiang Goh akan dibawa ke Singapore Conference Hall yang terletak berdekatan untuk upacara pergembumian negara hari ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan