Anggota Parlimen Kapar Nafi Khabar Angin Keluar PKR

Diterbitkan: Ahad, 23 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Anggota Parlimen Kapar S.Manikavasagam hari ini menafikan beliau akan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR)sebagaimana digembar-gemburkan oleh pihak tertentu baru-baru ini.

Beliau menyifatkan khabar angin yang disebarkan itu merupakan helah mereka bagi menimbulkan kekeliruan dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.

"Itu semua hanya khabar angin yang sengaja disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Manikavasagam berkata demikian ketika mengulas khabar angin yang disebarkan melalui sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) dan Internet bahawa beliau akan mengadakan sidang media pada 2 petang ini di sebuah hotel di sini bagi mengumumkan tindakan keluar parti. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan