Selesai Kemelut Dalaman MIC - Najib

Diterbitkan: Sabtu, 22 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap kemelut yang sedang berlaku dalam MIC dapat diselesaikan.

Najib yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata kemelut dalam MIC kini semakin hangat kerana ramai di kalangan pemimpin parti terbesar kaum India itu yang berpendapat perlunya berlaku perubahan dalam kepimpinan tertinggi parti.

"Perkara ini harap dapat diselesaikan oleh MIC," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Aero Mall dan Bandar Lapangan Terbang Senai di Lapangan Terbang Senai di sini hari ini.

Beliau berkata, apa yang penting adalah MIC sebagai salah sebuah parti komponen BN perlu turut memainkan peranannya untuk meyakinkan rakyat supaya menyokong parti pemerintah.

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya tentang kemelut yang berlaku dalam MIC ketika ini yang menyaksikan Timbalan Ketua Pemuda MIC, V.Mugilan dipecat berikutan desakannya agar presiden parti Datuk Seri S.Samy Vellu melepaskan jawatannya dengan segera.

Keadaan menjadi semakin hangat dalam MIC apabila dua anggota jawatankuasa pusat parti itu, G. Kumar Aamaan dan K.P Samy turut menyokong kenyataan Mugilan supaya presiden MIC itu melepaskan jawatannya dengan segera.

Perdana Menteri bagaimanapun enggan memberi reaksi balas tentang cadangan Samy Vellu untuk melepaskan jawatannya pada September tahun depan.

"Saya tidak mahu mengulas kerana ini membabitkan urusan dalaman MIC," kata beliau.

Najib turut ditanya mengenai krisis hutang yang menyelubungi Greece dan beberapa negara Eropah, dengan berkata Malaysia memantau perkara itu dengan rapi sekiranya terdapat sebarang kesan terhadap ekonomi negara.

Pada masa ini, katanya, tiada petunjuk bahawa masalah itu akan membawa kepada kesan penularan, seperti krisis kewangan dan perbankan di Amerika Syarikat yang akan mencetuskan krisis global.

Bagaimanapun Perdana Menteri berkata, Malaysia tidak boleh bersikap berpuas hati mengenai perkara itu dan akan memantau perkembangannya dengan rapi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan