Selangor Arah Pemilik Tidak Layak Miliki Rumah Kos Rendah Pulangkan Unit

Diterbitkan: Sabtu, 22 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kerajaan Negeri Selangor mengarahkan penduduk yang tidak layak memiliki rumah kos rendah supaya memulangkan semula unit kediaman meraka.

Pejabat Menteri Besar dalam satu kenyataan menegaskan, peraturan baru yang diperkenalkan iaitu 100 peratus nama pembeli rumah kos rendah diambil dari senarai Sistem Pendaftaran Permohonan Rumah (SPPR) di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) bukan lagi menggunakan Sistem Pendaftaran Terbuka Berpusat Rumah Kos Rendah (SPTRKR) dan perakuan Jawatankuasa Tanah Daerah (JKTD).

"Ini adalah kerana satu dasar ini telah diperkenalkan yang mana hanya mereka yang mendaftar dengan LPHS layak membeli rumah kos rendah.

"Kerajaan Negeri juga sedang menimbang beberapa cara untuk mengatasi pemilikan rumah kos rendah oleh golongan tidak berkelayakan," menurut kenyataan itu yang dikeluarkan oleh Sekretariat Akhbar pejabat berkenaan di sini semalam.

Pada 7 Januari 1998, pembahagian kuota pembeli rumah kos rendah dibahagi sebanyak 50 peratus pembeli dari SPTRKR dan 50 peratus lagi perlu mendapatkan perakuan JKTD.

Ini menyebabkan pengagihan senarai nama pembeli rumah kos rendah pada waktu itu tidak dapat dikawal sepenuhnya oleh LPHS dan telah berlaku penjualan kepada mereka yang tidak layak.

Kerajaan negeri juga telah mengenal pasti bahawa isu pembelian rumah kos rendah oleh mereka yang tidak layak yang dilaporkan di kawasan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) berlaku sebelum 1998 kerana ketika itu tidak ada langsung dasar yang jelas berhubung pengagihan rumah kos rendah.

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 12:59 PM

Hafiz Tak Mengaku Saya Isteri - Joy Revfa

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan