Sektor Swasta Akan Jadi Pemacu Utama Ekonomi Negara, Kata Najib

Diterbitkan: Sabtu, 22 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BAHARU: Kerajaan mahu melihat sektor swasta mengambil alih peranan yang dimainkan oleh sektor awam sebagai pemacu utama ekonomi negara selaras dengan Model Baru Ekonomi (MBE), kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan berkata peranan sektor swasta akan menjadi lebih penting dalam MBE, malah ia boleh diibaratkan sebagai enjin pertumbuhan ekonomi negara.

"Kerajaan hanya akan bertindak sebagai 'enabler', menerusi pelaksanaan pelbagai galakan serta insentif bagi membolehkan sektor swasta menjadi enjin pertumbuhan ekonomi negara," katanya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan bangunan Aero Mall dan Bandar Lapangan Terbang Senai di sini, yang turut dihadiri Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, anggota exco serta pegawai kanan kerajaan negeri.

Najib berkata sejak berlakunya krisis kewangan Asia pada 1997, peranan sektor swasta dalam mendorong ekonomi telah semakin susut dan ia telah diambil alih oleh sektor kerajaan.

Beliau berkata pembangunan bersepadu di Lapangan Terbang Senai membabitkan sektor swasta dalam industri aeroangkasa, logistik dan kargo serta Taman Teknologi Tinggi Senai (SHTP) adalah selaras dengan kehendak kerajaan dalam MBE.

Kerajaan, katanya, sebagai 'enabler' menerusi pemberian galakan dan insentif, telah memberi geran sebanyak RM150 juta untuk membangunkan industri kargo di Lapangan Terbang Senai serta geran RM300 juta untuk pembangunan SHTP.

"Menerusi pelbagai galakan dan insentif oleh kerajaan, Lapangan Terbang Senai dijangka menerima lebih banyak pelaburan dari dalam dan luar negara dalam tempoh terdekat," katanya.

Perdana Menteri berkata kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) yang dilaksanakan oleh kerajaan ketika ini dengan menjadi 'enabler' terhadap kemasukan lebih banyak pelaburan ke negara ini merupakan cara yang tepat.

Namun begitu, kata Najib, banyak pihak salah anggap terhadap kaedah PFI dengan ramai yang menganggapnya suatu bentuk "bayaran tertangguh", di mana pihak swasta membina kemudahan infrastruktur terlebih dulu dan kerajaan membayarnya kemudian.

Jika kaedah PFI yang salah itu dilaksanakan, katanya, kerajaan akan terdedah kepada bahaya sebagaimana yang sedang dihadapi oleh Greece dan beberapa negara Eropah lain dalam krisis hutangnya.

Beliau berkata pelaksanaan dasar MEB oleh kerajaan telah pun menampakkan hasil awal dengan pertumbuhan ekonomi negara pada suku pertama tahun ini melonjak kepada 10.1 peratus.

Ia juga telah berjaya meningkatkan daya saing negara daripada kedudukan ke-18 kepada kedudukan ke-10, sebagaimana yang dinyatakan oleh IMD World Competitiveness Yearbook 2010, kata Perdana Menteri.

Najib berkata daya saing negara kini lebih baik berbanding negara lain seperti United Kingdom.

Mengenai Lapangan Terbang Senai, Perdana Menteri berkata beliau difahamkan pengendali lapangan terbang itu, Senai Airport Terminal Service Sdn Bhd (SATS) sehingga kini telah membelanjakan RM350 juta untuk membangunkannya.

Katanya peranan dan fungsi lapangan terbang pada masa ini telah berubah daripada hanya satu 'kemudahan dan infrastruktur awam' kepada satu bentuk 'pelaburan perkhidmatan' yang mempunyai impak terhadap sosio-ekonomi sesebuah negara.

Terdahulu ketika berucap, Ketua Pegawai Eksekutif SATS Datuk Mohd Sidik Shaik Othman berkata syarikat itu akan melabur tambahan RM2 bilion untuk infrastruktur dan kemudahan awam dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Beliau berkata kemudahan tambahan itu akan mempercepatkan kadar pertumbuhan dan melonjakkan Lapangan Terbang Senai ke suatu tahap yang lebih tinggi.

"Fasa baru pembangunan ini meliputi bank tanah baru kami seluas kira-kira 1,067.6 hektar yang terletak berhampiran lapangan terbang. Di sinilah letaknya lokasi Bandar Lapangan Terbang Senai bersepadu yang baru.

"Ini akan merupakan projek pertama seumpamanya di dunia yang dihubungkan secara langsung dengan sebuah lapangan terbang utama, dilengkapi sambungan jalan raya, laut dan landasan yang hebat," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan