Kerajaan Tawar Diskaun Cukai Kepada Tenaga Mahir di Kota Iskandar

Diterbitkan: Sabtu, 22 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

NUSAJAYA: Kerajaan akan memberikan diskaun cukai individu sehingga 15 peratus kepada tenaga mahir yang bekerja di Iskandar Malaysia.

Bagaimanapun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemberian diskaun itu hanya ditawarkan kepada tenaga mahir yang baru memohon untuk bekerja di Wilayah Koridor Selatan berkenaan.

Najib berkata, beliau akan membuat pengumuman rasmi mengenai perkara itu pada pembentangan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) dan Model Ekonomi Baru (MEB) Jun ini.

“Kerajaan sedang berusaha untuk menarik lebih ramai tenaga pakar mahir daripada luar negara untuk bekerja di negara ini.

“Oleh itu kerajaan akan mengumumkan beberapa insiatif seperti menawarkan potongan diskaun sehingga 15 peratus kepada pembayar cukai individu yang baru bekerja di Kota Iskandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan portal dalam talian MYWorklife@Iskandar Showcase di Puteri Harbour, Kota Iskandar di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Abdul Ghani Othman.

Platform dalam talian itu memberi kemudahan kepada mereka yang mempunyai bakat di dalam dan luar negara, dalam mendapatkan maklumat yang mereka perlukan dalam proses membuat keputusan mengenai sama ada Malaysia bersesuaian dengan aspirasi kerjaya mereka.

Semua maklumat berkaitan termasuk cukai dan peluang pendidikan boleh didapati di laman web itu dan pengunjung boleh mengemukakan soalan yang akan disalurkan kepada pihak berkenaan untuk jawapan.

Menurut Najib perkara tersebut dilaksanakan akan memberikan kelainan dalam usaha menarik minat lebih ramai tenaga pakar mahir dari dalam dan luar negara untuk bekerja di Malaysia.

Beliau berharap dengan pelaksanaan insiatif tersebut Wilayah Koridor Iskandar ini akan dapat melahirkan lebih ramai bekalan tenaga pakar mahir dalam merealisasikan matlamat yang digariskan di Model Ekonomi Baru (MEB) dan Wawasan 2020.

Sementara itu, Pengarah Urusan Khazah, Tan Sri Azman Mokhtar berkata, portal MyWorklife merupakan satu platform maya yang diwujudkan bagi memudahkan tenaga pakar mahir berinteraksi dan mendapatkan maklumat mengenai budaya kerja serta tempat kediaman yang akan mereka tinggal di negara ini.

"Portal MYWorklife adalah sebahagian daripada usaha strategik yang dijalankan dua puluh Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) yang di letakkan di bawah Jawatankuasa Putrajaya mengenai Prestasi Tinggi GLC (PCG),” katanya.

Menurut Azman, MYWorklife Iskandar Malaysia merupakan sebuah lokasi yang ideal untuk mereka yang sedang mencari kerja kerana Kota Iskandar akan menjadi sebuah zon ekonomi yang maju dengan pelbagai kemudahan seperti kawasan kediaman yang selesa, kemudahan infrastruktur dan sebagainya.

"Sebagai contoh dalam Bajet 2010 yang baru diumumkan oleh kerajaan tahun lalu, tenaga pakar dan pekerja yang bekerja di Iskandar Malaysia akan mendapat diskaun sebanyak 15 peratus daripada jumlah cukai yang perlu dibayar oleh mereka.

"MYWorklife adalah sebuah portal dalam talian yang sangat interaktif terutamanya kepada tenaga pakar mahir yang sedang mencari lokasi tempat kerja dan kediaman yang sesuai untuk mereka. Dalam masa yang sama mereka akan dapat memperoleh maklumat yang lebih jelas mengenai syarikat GLC di negara in,” katanya.

Melalui portal maya ini, pengunjung atau tenaga pakar mahir yang sedang mencari kerja boleh mendaftar dan mencipta ‘avatar’ mereka sendiri untuk berkomunikasi dengan pegawai-pegawai daripada syarikat GLC yang mereka lawati.

“Selepas mereka mendaftar sebagai ahli, pengunjung berpeluang untuk bercakap dan mendapatkan maklumat mengenai kaedah pengurusan setiap sesebuah syarikat.

“Portal MYWorklife ini akan turut memaparkan mengenai perkara yang berlaku di beberapa koridor ekonomi yang terdapat di negara ini termasuklah di Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) dan Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak (SCORE),” katanya.

MyWorklife Iskandar Showcase turut memberi peluang kepada pengunjung untuk berinteraksi serta berdialog dengan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Seri Idris Jala dan beberapa Ketua Pegawai Eksekutif daripada beberapa syarikat GLC yang turut serta dalam program ini.

Pameran ini turut memberi peluang kepada pengunjung untuk mengenali dengan lebih dekat inisiatif dan program transformasi oleh syarikat GLC dan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang telah diperkenalkan oleh kerajaan sejak setahun yang lalu.

Program selama dua hari ini turut mendapat kerjasama daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Wilayah Iskandar (IRDA), Kumpulan UEM Land Holdings Berhad dan Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP).

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan