Kerajaan Setuju Biayai Sebahagian Kos Penyelenggaraan PPR, Kata Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 22 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan bersetuju untuk membiayai sebahagian kos penyelenggaraan prasarana rumah-rumah di bawah Projek Perumahan Rakyat (PPR) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata keputusan tersebut dipersetujui Kabinet kerana tidak mahu kerosakan yang dialami di kawasan perumahan PPR itu semakin teruk.

"Kerosakan lif berlaku di mana-mana... bertahun-tahun rosak, tangga agak teruk. Jadi kerajaan menimbang dan Kabinet buat keputusan apa saja prasarana, soal pembaikan lif, dan kos sebahagian akan ditanggung oleh kerajaan.

"Kita ada tabung dan Yayasan Wilayah Persekutuan yang kita gunakan bersama tabung yang lain supaya kemudahan di rumah pangsa terus dijaga, walaupun management committee atau badan pengurusan bangunan rumah pangsa tidak dapat mengurusnya dengan baik," katanya ketika melancarkan program Barisan Nasional Juara Rakyat peringkat Wilayah Persekutuan di PPR Perkasa di sini hari ini.

Muhyiddin berkata sebagai kerajaan, Barisan Nasional (BN) akan memastikan bahawa semua masalah rakyat diberi perhatian dan diselesaikan dengan segera.

Katanya kerajaan sentiasa berusaha menangani masalah penduduk di bandar khususnya masalah kesesakan lalu lintas dan pengangkutan awam.

"Kerajaan mempunyai rancangan untuk selesaikan masalah kesesakan lalu lintas Kuala Lumpur dengan satu program raksasa jangka panjang.

"Bagaimanapun saya tidak boleh sebut, hanya bayangan sahaja. Ini adalah sebagai inisiatif pengangkutan awam supaya lebih efisien," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menangkis tohmahan pembangkang yang sering mendakwa kerajaan menindas rakyat dan tidak prihatin terhadap nasib rakyat.

"Pembangkang PKR, DAP dan PAS buat kenyataan yang berbohong kepada rakyat bahawa kerajaan BN menindas rakyat dan BN tidak bagi perhatian kepada nasib rakyat. Ini satu pembohongan," katanya.

Pada majlis itu, seramai 2,000 penghuni tidak melepaskan peluang bersarapan bersama dengan Timbalan Perdana Menteri di perkarangan PPR Perkasa.

Turut sama pada majlis itu, isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dan pemimpin parti komponen BN Wilayah Persekutuan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan