Jangan Tajamkan Senjata Untuk Sengketa, Kata Md Isa

Diterbitkan: Sabtu, 22 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Menteri Besar Perlis Datuk Seri Dr Md Isa Sabu mengingatkan masyarakat berbilang kaum di negeri ini supaya berfikiran positif ke arah memantapkan ikatan perpaduan yang telah lama terjalin.

"Jangan tajamkan senjata (mencari jalan) untuk sengketa," katanya ketika berucap pada majlis perjumpaan dan dialog dengan para pemimpin masyarakat Cina di sini malam tadi.

Beliau berkata perpaduan yang telah lama dibina perlu dipertahankan dan beliau turut mengingatkan betapa pentingnya sikap saling menghormati antara kaum.

"Kalau masing-masing cuba mempertajamkan senjata untuk merosakan yang lain, ia boleh merosakkan keharmonian," katanya pada majlis anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Perlis itu.

Md Isa yang juga Pengerusi Barisan Nasional Perlis berkata tiada sebab untuk masyarakat berpecah-belah kerana masing-masing telah menikmati kehidupan yang harmoni.

Beliau berkata gagasan 1Malaysia jelas mengingatkan masyarakat tentang pentingnya keharmonian hidup rakyat yang akan membolehkan kerajaan melaksanakan pentadbiran dengan lebih berkesan.

Pada majlis itu, Menteri Besar turut menyampaikan sijil penghargaan JASA kepada veteren masyarakat Cina yang pernah berjasa dalam pelbagai bidang termasuk politik. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan