Isu Cuti Bersalin 90 Hari Diputuskan Dua Bulan Lagi

Diterbitkan: Sabtu, 22 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keputusan berhubung cuti bersalin yang disyorkan supaya dinaikkan menjadi 90 hari akan dibuat dalam masa dua bulan lagi sebaik sahaja kajian mengenai perkara itu disiapkan, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata, selepas itu pihaknya akan membawa perkara itu kepada kabinet untuk dibincangkan.

"Kajian itu merangkumi penelitian kepada implikasi positif dan negatif terhadap ibu bapa dan majikan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan sambutan Ibu 1Malaysia Mama di sini hari ini.

Katanya beliau sendiri memulakan ikhtiar untuk menambah bilangan hari cuti bersalin sejak empat tahun lalu, dan ia menerima banyak bantahan dari pelbagai pihak, sesetengahnya termasuk dari kalangan kaum wanita sendiri.

Menurutnya beliau bimbang sesetengah majikan menjadi agak keberatan untuk mengambil wanita sebagai pekerja kerana merasakan bahawa prestasi dan keberkesanan mereka berkurangan apabila wanita itu kembali dari cuti yang terlalu panjang.

"Tetapi bagi pihak kementerian, ini bukan alasan yang terbaik. Persekitaran pekerjaan perlulah berkonsepkan mesra keluarga," katanya.

Shahrizat berkata pihaknya sedang mengkaji dengan teliti perkara itu memandangkan gejala sosial sejak kebelajangan ini dilihat meningkat dengan ketara disebabkan kekurangan masa yang dihabiskan bersama oleh para ibu bapa dengan anak-anak mereka. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan