Dasar Satu Murid Satu Sukan Dilaksanakan Tahun Depan - Muhyiddin

Diterbitkan: Sabtu, 22 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Rancangan transformasi pendidikan yang meliputi dasar satu murid bergiat dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan akan mula dilaksanakan tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata dasar itu bertujuan mengembalikan kecemerlangan sukan di sekolah-sekolah dalam negara selain dapat meningkatkan semangat persaingan yang sihat.

Katanya, aktiviti sukan juga dapat merapatkan hubungan dan meningkatkan persefahaman selain boleh mewujudkan semangat "esprit de corp" iaitu saling membantu di antara satu sama lain.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya semasa merasmikan Pertandingan Bola Sepak Piala Sultan Azlan Shah 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Victoria di sini hari ini. Pada perlawanan bola sepak itu, tuan rumah SMK Victoria muncul juara selepas menewaskan Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) 4-0. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan