Ahmad Shabery Nafi Kelantan Dipinggir Daripada Sertai Hari Belia

Diterbitkan: Sabtu, 22 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TUMPAT: Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek menafikan belia Kelantan tidak dijemput menyertai sambutan Hari Belia Negara peringkat kebangsaan yang diadakan di Putrajaya minggu lepas.

Malah, katanya belia dari negeri Kelantan antara yang teramai mewakili negeri ke perhimpunan Hari Belia selama tiga hari di Pusat Konvensyen Putrajaya bermula 14 Mei lepas.

Beliau berkata lebih 150,000 belia menyertai perhimpunan itu dan mengambil bahagian dalam pelbagai acara, termasuk larian serta futsal dengan mewakili negeri masing-masing.

"Semua belia dari seluruh negara dijemput ke perhimpunan itu mewakili pertubuhan yang didaftarkan di bawah Pendaftar Pertubuhan Belia dan jemputan tidak dibuat melalui kerajaan negeri," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung berkelompok cawangan-cawangan Umno dalam bahagian Tumpat di sini malam tadi.

Beliau diminta mengulas dakwaan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri Abdul Fatah Mahmood yang kecewa kerana menurutnya Kelantan tidak dijemput menyertai majlis sambutan Hari Belia Negara 2010 peringkat kebangsaan. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan