Tenaga Nuklear Perlu Didalami Sebelum Keputusan Dibuat - Najib

Diterbitkan: Jumaat, 21 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan masih perlu mendalami lagi mengenai tenaga nuklear sebelum membuat sebarang keputusan mengenainya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata komen-komen serta keputusan tinjauan pendapat mengenai sumber tenaga alternatif terbaik yang dilakukan baru-baru ini menandakan terdapat perasaan yang bercampur aduk untuk memilih sumber tenaga yang terbaik.

"Tinjauan pendapat ini, yang kini telah pun ditutup, menunjukkan kebanyakan responden lebih menyokong tenaga suria (59 peratus), diikuti tenaga nuklear (23 peratus) di tempat kedua. Tempat ketiga dan keempat masing-masing jatuh kepada tenaga biojisim dan tenaga angin.

"Bagaimanapun, lain hal pula dengan pandangan-pandangan anda, tenaga nuklear mendapat lebih daripada dua pertiga undian yang dihantar, dengan mereka yang menyokong dan menentang lebih kurang sama banyaknya. Tenaga suria ialah yang kedua paling popular dalam kategori komen, sementara tenaga biojisim dan tenaga angin sekali lagi menduduki tempat ketiga dan keempat," katanya dalam blog www.1malaysia.com.my hari ini.

Baru-baru ini, Perdana Menteri melalui blog berkenaan menganjurkan tinjauan pendapat mengenai sumber tenaga alternatif pilihan rakyat negara ini termasuk tenaga nuklear.

Kerajaan juga telah memberi lampu hijau kepada Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air pada awal bulan ini untuk meneruskan rancangan bagi membina sebuah loji janakuasa nuklear negara yang pertama yang dijangka beroperasi menjelang tahun 2021.

Najib berkata kesemua opsyen untuk menjana elektrik angin akan diterokai baik daripada tenaga biojisim mahupun tenaga angin.

Rang Undang-undang Tenaga Boleh Diperbaharui kini sedang digubal dengan sewajarnya oleh Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air untuk dibentang di Parlimen tahun ini, katanya.

"Jika dapatan kita betul, sekurang-kurangnya 52,000 pekerjaan dapat diwujudkan dan pelbagai jenis perniagaan yang dianggar bernilai RM70 bilion dapat dijana daripada sektor tenaga boleh diperbaharui ini menjelang 2020, menurut kata pakar.

"Masa hadapan tenaga kita merupakan satu perdebatan yang penting, dan saya berharap anda akan terus berkongsi pertanyaan dan kebimbangan dengan saya dan YB (Datuk Seri) Peter Chin Fah Kui, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Dengan bantuan anda, saya yakin kita mampu membina Malaysia yang lebih bersih dan hijau," kata Najib. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan