Perlis Mahu Jadi Negeri Jelapang Padi Sepenuhnya

Diterbitkan: Jumaat, 21 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Perlis berhasrat untuk menjadi negeri jelapang padi selain pengeluar benih bermutu tinggi, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani dan Pembangunan Koperasi Negeri, Sabry Ahmad.

Katanya, bagi merealisasikan perkara itu, infrastruktur pertanian akan terus ditingkatkan manakala pengurusan industri padi akan dilakukan secara sistematik.

Berucap pada majlis perjumpaan dan dialog dengan pemimpin peladang seluruh negeri di sini hari ini, beliau berkata pada masa ini Perlis telah melaksanakan program "sawah gemilang" bagi meningkatkan hasil padi.

Katanya, program itu yang dilaksanakan dengan kerjasama sektor swasta di beberapa lokasi di utara Perlis akan diperluaskan kerana ia berupaya meningkatkan hasil pengeluaran padi.

Pada masa ini, pengeluaran padi di Perlis bertumpu di selatan Perlis yang terletak di bawah kendalian Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) yang mempunyai sistem pengairan yang sempurna.

Sabry juga berkata, bagi memperkasakan industri padi di Perlis, usaha menjadikan negeri itu sebagai pengeluar benih bermutu tinggi sedang dilakukan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan