NGO Sedia Bantu Kerajaan Pantau Kegiatan Al-Arqam

Diterbitkan: Jumaat, 21 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sedia membantu kerajaan memantau kegiatan kumpulan Al-Arqam yang dikhuatiri akan memesongkan akidah umat Islam di negara ini.

Pengerusi Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) Datuk Mohd Nakhaie Ahmad berkata dakwaan pengikut kumpulan itu yang kononnya bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad itu cuma ghaib dan akan pulang semula dalam masa terdekat adalah kepercayaan karut dan khurafat.

"Ini bukan lagi kebebasan berfikir malah jelas menyalahi fatwa yang dikeluarkan Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Kerajaan perlulah mengambil tindakan tegas kepada kumpulan ini dan kita akan bantu kerajaan di mana-mana bahagian yang boleh kita bantu. Secara jelasnya ini adalah apa yang dikatakan jenayah akidah," katanya kepada Bernama di sini.

Mohd Nakhaie yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Bahagian Wilayah Persekutuan turut menyeru lain-lain NGO untuk bersama memainkan peranan dengan memberi penerangan kepada masyarakat supaya tidak terjebak dengan ajaran sesat tersebut.

Beliau berkata demikian mengulas laporan sebuah akhbar semalam bahawa pengikut Ashaari atau lebih dikenali sebagai Abuya, kembali mencetuskan kontroversi apabila mengadakan konsert khas bagi menggambarkan kononnya bekas pemimpin Al-Arqam itu cuma ghaib dan akan pulang semula dalam masa terdekat.

Konsert itu diadakan empat hari selepas Ashaari meninggal dunia di Hospital KPJ Ipoh Specialist pada 13 Mei lepas akibat jangkitan paru-paru.

Presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Zaid Kamaruddin pula berkata kumpulan tersebut adalah antara kumpulan yang telah difatwakan sebagai kumpulan ajaran sesat.

"Apa yang disebutkan sebagai tidak mati dan ghaib itu berkaitan dengan soal akidah sebenarnya. Majlis Agama Islam perlulah memantau mengenai penyelewengan kumpulan tersebut yang mempunyai pegangan yang menimbulkan keraguan.

"Sememangnya dalam Islam, perkara ghaib adalah perkara yang perlu kita percayai. Tetapi bagi yang mati hidup semula, itu adalah kepercayaan karut," katanya yang turut melahirkan kesediaan membantu kerajaan.

Beliau turut menggesa kerajaan supaya serius dalam pemantauan selain memberikan penjelasan kepada masyarakat khususnya orang Islam supaya akidah mereka tidak dipesongkan oleh kumpulan tersebut.

Zaid turut mencadangkan agar kerajaan menjemput tokoh agama bagi mengadakan perbincangan dengan wakil kumpulan Al-Arqam bagi membolehkan perkara yang menimbulkan keraguan di kalangan anggota kumpulan tersebut dapat diselesainya mengikut ajaran Islam yang betul.

Sementara itu, Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata selain NGO, orang ramai juga diminta berperanan untuk membantu kerajaan dengan melaporkan kegiatan keagamaan yang menyalahi fatwa.

Katanya, PPIM sentiasa menyokong sebarang usaha ke arah penyatuan umat Islam dan sedia memberikan kerjasama kepada kerajaan dalam usaha membendung kegiatan-kegiatan yang akan memesongkan akidah umat Islam.

Setiausaha Agung Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Mohamad Raimi Ab Rahim pula berkata tindakan yang diambil kerajaan adalah tepat bagi memastikan kegiatan kumpulan Al-Arqam dapat dilumpuhkan.

"Yang membimbangkan kita, jika tidak dipantau dan diambil tindakan tegas, ia akan mempengaruhi masyarakat di luar khususnya belia yang tidak tahu susur galur perjalanan kumpulan ini.

"Kita sedia membantu kerajaan memberi penjelasan kepada masyarakat supaya mereka tidak terpengaruh dengan ajaran sesat kumpulan ini kerana ia membabitkan penyelewengan akidah," katanya kepada Bernama. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan