Gadis Bawah Umur Dari Sarawak Diselamatkan Di Lombok

Diterbitkan: Jumaat, 21 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Seorang gadis berusia 15 tahun dari Mukah, Sarawak yang dilarikan oleh kekasihnya ke Pulau Lombok, Nusa Tenggaran Barat (NTB) tiga bulan lalu, semalam diselamatkan oleh pegawai Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno Malaysia.

Stefanie Anak Langka, dibawa ke Kedutaan Besar Malaysia di sini petang ini dari Mataram setelah beliau berjaya dikesan minggu lepas, di Kampung Lendang Bawo, Montong, Baan, Sikur, Lombok Timur, tiga jam perjalanan kereta dari ibu kota Mataram.

Pengerusi biro aduan itu Datuk Muhammad Khairun Aseh berkata gadis itu dikesan hasil kerjasama Interpol Malaysia dan Indonesia dan ditahan polis Indonesia atas kesalahan Imigresen kerana memasuki Indonesia tanpa dokumen perjalanan sah.

Dua pegawai biro itu telah pergi ke Lombok Selasa lepas dan telah membawa tefanie ke sini petang Khamis.

"Saya sendiri akan berunding dengan pejabat Imigresen Indonesia esok untuk memohon Stefanie dibebaskan dari tahanan dan tuduhan untuk dibawa pulang dan disatukan semula dengan keluarganya," katanya.

Stefanie memberitahu pegawai biro aduan Pemuda Umno bahawa beliau kesal kerana mengikut kekasihnya yang berusia 22 tahun itu yang sebelum ini memberi janji-janji manis.

Namun hakikatnya beliau terpaksa menjalani kehidupan yang lebih daif daripada di rumah panjang di Sarawak.

Rumah tempat beliau tinggal di Lombok Timur itu tidak mempunyai bekalan air bersih dan beliau terpaksa berjalan kaki berkilometer setiap hari untuk mendapat bekalan itu.

Muhammad Khairun berkata kes ini ditangani biro itu setelah ibu gadis itu memohon bantuan minggu lepas melalui Parti Rakyat Sarawak (PRS).

Katanya sejak setahun lepas biro aduan itu telah menyelamatkan empat gadis bawah umur, termasuk Stefanie, dari Pulau Lombok. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan