Anggota CWC Minta Samy Vellu Letak Jawatan

Diterbitkan: Jumaat, 21 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Jawatankuasa Kerja MIC (CWC) K.P Samy meminta parti presiden Datuk Seri S. Samy Vellu meletak jawatan tahun ini demi kepentingan masyarakat.

Beliau berkata MIC memerlukan satu perubahan segera dalam parti untuk menyelamatkan kepentingan masyarakat India.

Ditanya kenapa presiden itu patut meletak jawatan sekarang, beliau seorang anggota yang lantang mengkritik Samy Vellu berkata presiden itu sudah cukup lama berkhidmat dengan parti.

"Kita (parti) akan mendapatkan kaum India untuk bersatu semula selepas beliau meletak jawatan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Malahan, anggota CWC itu berkata masyarakat India telah menolak kedua-dua presiden dan timbalannya Datuk G.Palanivel seperti yang dibuktikan pada pilihan raya umum 2008, di mana parti itu tewas teruk.

"Beliau sepatutnya sudah mendapat mesej itu daripada masyarakat India. Beliau mestilah memberi laluan kepada orang lain bagi memastikan parti itu boleh kekal," kata K.P Samy.

Katanya beliau membantah hasrat presiden parti itu yang ingin meletak jawatan dalam masa lapan atau sembilan bulan sebelum tempoh kepimpinannya berakhir pada Mei, 2012.

Samy Vellu, 74, dipilih semula untuk penggal kesembilan pada tahun lepas. Beberapa pihak secara terbuka meminta presiden parti itu meletak jawatan awal.

Semalam, timbalan ketua Pemuda MIC, V. Mugilan disingkirkan daripada parti kerana meminta Samy Vellu mengosongkan jawatan itu selewat-lewatnya pada akhir tahun ini. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan