Samy Pecat Mugilan

Diterbitkan: Khamis, 20 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Pemuda MIC, V. Mugilan telah dipecat dari parti kerana menentang pucuk pimpinan dan Barisan Nasional, kata sumber terdekat MIC hari ini.

Pegawai itu mendakwa, Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu telah menggunakan kuasa yang ada seperti yang termaktub dalam Perlembagaan parti telah menandatangani surat pemecatan Mugilan.

Di bawah artikel 61.2 perlembagaan parti, Presiden dan Timbalannya boleh memecat mana-mana ahli yang bercakap untuk kepentingan diri dan bertindak membelakangkan parti.

Tambah sumber itu, surat tersebut telah pun diserahkan kepada Mugilan petang tadi.

Menurutnya, Samy telah berbincang dengan Palanivel mengenai tindakan Mugilan yang mengkritik Presiden parti itu semalam.

Jelas pegawai itu, perlembagaan parti dengan jelas menyebut bahawa setiap ahli tidak dibenarkan mengeluarkan sebarang kenyataan yang memburuk-burukkan parti kerana ia bertentangan dengan polisi dan objektif penubuhan parti itu.

Selasa lalu, Samy berkata, Mugilan yang juga Ketua MIC Bahagian Hulu Selangor akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin MIC kerana melanggar kepentingan parti pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April lalu. Semalam, Mugilan mendesak bekas Menteri Kerja Raya itu meletakkan jawatan Presiden MIC sebelum akhir tahun ini kerana kepimpinannya sudah tidak diperlukan oleh masyarakat India.

Beliau berkata, Samy perlu bertanggungjawab terhadap prestasi buruk MIC pada pilihan raya umum, Mac 2008.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan