PM Akan Lancar Myworklife@Iskandar Showcase

Diterbitkan: Khamis, 20 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan melancarkan MyWorkLife@Iskandar Showcase, acara yang menampilkan pelbagai peluang pekerjaan dan kehidupan di Iskandar Malaysia.

MyWorkLife@Iskandar Showcase akan dibuka kepada orang ramai mulai pukul 10 pagi hingga 5 petang pada Sabtu dan Ahad ini di Puteri Harbour, Kota Iskandar, Johor. Masuk adalah percuma.

Pejabat Pengurusan Transformasi (TMO) Jawatankuasa Putrajaya mengenai Prestasi Tinggi GLC (PCG) dalam satu kenyataan hari ini berkata acara itu juga akan menampilkan inisiatif transformasi utama Malaysia.

Inisiatif ini termasuk Program Transformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLCT) di bawah PCG dan Program Transformasi Kerajaan (GTP).

"Acara berkenaan menjanjikan suatu yang hebat bagi mereka yang mahu mengubah kehidupan dengan mencari peluang baru dalam Iskandar Malaysia," kata Pengarah Eksekutif Pengurusan Modal Insan Strategik Khazanah Nasional Bhd, Shahnaz Al-Sadat.

Beliau berkata Perdana Menteri akan melancarkan laman web MyWorkLife, virtual maya yang berhasrat mencapai, menarik dan mengambil bakat yang berpotensi untuk GLC dan sektor swasta.

"Laman web itu menawarkan maklumat yang akan membantu mereka yang berbakat, sama ada warga Malaysia yang bekerja di luar negara dan atau warga asing, dalam proses membuat keputusan sama ada untuk kembali bekerja di Malaysia," katanya.

Mereka yang tidak dapat menghadiri acara itu digalakkan melawat laman web MyWorkLife@Iskandar di www.myworklife.my dan mengambil bahagian dalam perbincangan online. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan