MB Selangor Galak Orang Ramai Buat Laporan Polis

Diterbitkan: Khamis, 20 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata, beliau menggalakkan sesiapa sahaja membuat laporan polis demi menjaga harta negeri atau membanteras penyalahgunaan kuasa.

Beliau berkata, polis mempunyai kuasa dan keupayaan untuk membuat siasatan termasuk terhadap adiknya Hajiman yang didakwa mungkin terlibat dalam kes simbah cat merah di kediaman dan kenderaan Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam di Pekan Meru Ahad lepas.

Manikavasagam juga menerima ugutan bunuh selepas membuat laporan polis terhadap dakwaan berlakunya rasuah di kalangan pegawai atasan Kumpulan Semesta Sdn Bhd, syarikat anak negeri yang bertanggungjawab terhadap perniagaan pasir, Rabu lepas.

"Tak apa..dia buatlah (laporan polis). Ini semua perkara boleh sebab polis mempunyai kuasa dan keupayaan untuk buat penyiasatan," katanya ketika diminta mengulas laporan polis yang dibuat seorang anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang pernah berkhidmat dengannya di Ijok, di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang semalam.

Bekas Penyelaras PKR Ijok, Azmi Muhammad membuat laporan polis pada pukul 12.05 tengahari tadi mengenai kenyataan Abdul Khalid terhadap Manikavasagam yang didakwanya berbaur ugutan.

Azmi berkata, kenyataan Abdul Khalid yang disiarkan di Buletin Utama TV3 malam Ahad lepas menyebut Manikavasagam harus berani dan bersedia menerima risiko tindak balas oleh mereka yang didedahkan olehnya.

Beliau berkata, laporan polis ini dibuat supaya polis menyiasat kemungkinan kenyataan berbaur ugutan oleh Abdul Khalid bagi melindungi adiknya sendiri, Hajiman di samping mengesyaki Hajiman mungkin terlibat atau mempunyai pengetahuan di dalam kejadian yang menimpa Manikavasagam.

Sepanjang berkhidmat sebagai penyelaras PKR Ijok dari April hingga Disember 2008, Azmi berkata, Hajiman disyaki terlibat dalam aktiviti pengeluaran pasir tanpa permit dari tanah milik anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Darul Ehsan Bhd di Batang Berjuntai.

Hajiman juga disyaki menerima wang berjumlah ribuan ringgit termasuk pembelian sebuah Toyota Harrier dan beberapa mesyuarat perancangan aktiviti itu didakwa diadakan di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di Shah Alam, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan