Hukuman Terhadap Bung Moktar Bukti Ketegasan Mahkamah - Berita Semasa | mStar

Hukuman Terhadap Bung Moktar Bukti Ketegasan Mahkamah

Diterbitkan: Khamis, 20 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menyifatkan hukuman yang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin kerana kesalahan berpoligami tanpa kebenaran mahkamah adalah jelas dan tegas.

Shahrizat berkata, hukuman itu juga menunjukkan bahawa tiada kompromi dalam isu berpoligami oleh mana-mana lelaki Islam di negara ini.

"Peruntukan poligami di dalam Undang-Undang Keluarga Islam adalah jelas bahawa mana-mana individu lelaki Islam yang ingin berpoligami hendaklah mendapat kebenaran terlebih dahulu, secara bertulis, daripada Mahkamah Syariah," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, peruntukan ini bertujuan untuk memastikan kepentingan dan kebajikan isteri, anak dan keluarga sedia ada terpelihara.

Sehubungan itu, katanya undang-undang itu tidak patut dipermainkan atau diperlekehkan oleh mana-mana individu.

Beliau berkata demikian bagi mengulas keputusan Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini yang mengenakan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 terhadap Bung Mokhtar kerana kesalahan berpoligami dengan pelakon Zizie Izette Abdul Samad tanpa kebenaran mahkamah pada akhir tahun lepas.

Bung Moktar, 51, didakwa berpoligami tanpa kebenaran mahkamah dengan isteri, pelakon Zizie Izette, 31, di rumah No 12, Jalan TC2B/3 Cemerlang Heights, Taman Melati, Gombak pada 8.50 malam, 16 Disember tahun lepas, dan didakwa mengikut Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan