Dua Lagi Laporan Polis Dibuat Berhubung Kes Kematian Aminulrasyid - Berita Semasa | mStar

Dua Lagi Laporan Polis Dibuat Berhubung Kes Kematian Aminulrasyid

Diterbitkan: Khamis, 20 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Dua lagi laporan polis berhubung kes Aminulrasyid Amzah, 15, yang mati akibat terkena tembakan polis di Seksyen 11 pada 26 April lepas, dibuat hari ini di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini.

Laporan polis itu masing-masing dibuat oleh kakak Allahyarham Aminulrasyid, Nor Azura, 39, dan Muhamad Hafizzudin Omar iaitu abang kepada Azamuddin yang merupakan rakan remaja itu yang berada bersamanya dalam kereta yang dipandu remaja itu ketika kejadian.

Peguam yang mewakili keluarga Aminulrasyid, N. Surendran ketika ditemui pemberita berkata, Nor Azura dalam laporan itu meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) menubuhkan badan bebas untuk menyiasat beberapa kenyataan dikeluarkan pihak polis yang didakwanya seolah-olah bertujuan menutup kes itu.

Surendran yang mengiringi keluarga berkenaan membuat laporan polis itu berkata Muhamad Hafizzudin dalam laporannya mendakwa berlaku cubaan membunuh oleh pihak polis terhadap adiknya Azamuddin kerana melepaskan tembakan ke arah kereta yang dinaiki kedua-dua remaja itu.

Muhamad Hafizzudin juga meminta KDN menubuhkan satu badan bebas bagi menyiasat perkara itu dengan segera, katanya. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan