Pemuda UMNO Sabah Tegur Tindakan LDP Kritik BN

Diterbitkan: Rabu, 19 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA KINABALU: Pergerakan Pemuda UMNO Sabah hari ini menegur Parti Liberal Demokratik (LDP) kerana membuat kenyataan yang dilihat lebih ghairah mengkritik Barisan Nasional (BN), serta boleh menimbulkan persepsi negatif di kalangan rakyat.

Ketuanya, Azman Haji Ruslan, berkata sebagai anggota BN, LDP sepatutnya memberi contoh yang baik mengenai usaha mengukuhkan hubungan dan kerjasama antara Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan bukan disebaliknya.

"Pemuda UMNO Sabah memandang berat perkara ini kerana kita tidak mahu wujud satu persepsi seolah-olah rakyat Malaysia di Sabah tidak pandai menghargai jasa serta usaha-usaha yang dilakukan kerajaan BN untuk membangunkan negeri itu, " katanya kepada Bernama, di sini hari ini.

Azman berkata pemuda Umno tidak berniat mahu menghalang LDP daripada mengeluarkan pandangan, tetapi sebagai rakan dan anggota BN, parti itu seharusnya bersikap jujur dan adil.

"Jangan anggap rakyat Malaysia di Sabah tidak bijak menilai sumbangan kerajaan Pusat kepada rakyat dan negeri ini, terutama dari segi pembangunan sosio-ekonomi," katanya mengulas kenyataan Timbalan Presiden LDP, Datuk Chin Shu Pin semalam yang menggesa pemimpin BN pusat agar tidak melayan Sabah dan Sarawak sebagai 'simpanan tetapnya dan mendakwa BN Sabah sedang menghadapi krisis kepimpinan.

Ungkapan 'simpanan tetap' merujuk kepada sokongan padu penduduk Sabah dan Sarawak terhadap kerajaan BN yang berterusan, khususnya sumbangan signifikan kedua-dua negeri itu dalam mengekalkan penguasaan kerusi BN di Parlimen.

Menurutnya, kenyataan timbalan presiden LDP itu juga seolah-olah mahu memperkecilkan kewarasan penduduk Sabah untuk menyokong dan mempertahankan kerajaan BN, yang telah banyak memberi sumbangan kepada rakyat dan negeri Sabah," katanya.

Azman, yang juga ketua pemuda UMNO bahagian Keningau, berkata kerajaan B Nnegeri di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, sangat prihatin dengan masalah dan keperluan rakyat Sabah dan berjaya mengemudi BN Sabah meraih kemenangan cemerlang pada pilihan raya umum yang lepas selain meletakkan kedudukan pembangunan di negeri ini di tahap yang lebih tinggi. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan