Pelaksanaan Hukuman Bung Moktar Ditangguhkan

Diterbitkan: Rabu, 19 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur meluluskan permohonan Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin bagi menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara selama sebulan ke atasnya sehingga proses rayuan di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam selesai.

Hakim Syarie Wan Mahyuddin Wan Muhammad yang mengumumkan keputusan itu pada pukul 12.20 tengah hari mengarahkan pihak defendan mengemukakan notis rayuan kepada mahkamah dalam tempoh 14 hari mengikut Seksyen 138 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah Selangor 2003.

Bung Moktar atau nama sebenarnya Moktar Radin, 51, dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM1,000 dengan seorang penjamin sementara menunggu proses rayuan selesai dilaksanakan.

Terdahulu, Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara selama satu bulan ke atas Bung Moktar atas kesalahan berpoligami tanpa kebenaran Mahkamah Syariah mengikut Seksyen 124 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Beliau turut dikenakan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara satu bulan jika gagal membayar denda tersebut hari ini atas tuduhan kedua iaitu bersubahat bagi kesalahan bernikah tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk di bawah Seksyen 40 (2) Enakmen sama.

Manakala pelakon Zizie Izette A. Samad yang didakwa atas kesalahan pernikahan tanpa kebenaran Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk di bawah akta sama pula dikenakan hukuman denda maksimum RM1,000 atau penjara selama satu bulan jika gagal membayar denda tersebut hari ini.

Sementara itu, bagi kesalahan bersubahat mengikut Seksyen 134 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003, Zizie Izette, Datuk Ahmad Shahazmi Abdul Samad, Samzy Fuzette, Shaheizy Sam, Sahari Ahamd dan Titing Putang didenda RM1,000 atau penjara selama enam bulan.

Pendakwaan dikendalikan Pendakwa Syarie Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Zusyafarain Yusof dan Shafezan Rosli. Manakala kesemua tujuh tertuduh diwakili Peguam Syarie, Amli Embong.

Bung Moktar dan Zizie Izette serta tertuduh lain pada 20 April lalu mengaku bersalah atas 12 pertuduhan bersubahat melangsungkan majlis pernikahan di No. 12, Jalan TC 2B/3 Cemerlang Heights Taman Melati pada pukul 8.50 malam, 16 Disember 2009.

Ketika bernikah dengan pelakon tersebut, Bung Moktar masih mempunyai isteri, Datin Nor Asidah Alimudin yang dikahwininya sejak 24 Ogos 1991 di Sabah.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan