Lima Daripada Enam IKBN Akan Siap, Beroperasi Tahun Depan

Diterbitkan: Rabu, 19 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MARANG: Lima daripada enam buah Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) yang kini sedang dalam proses pembinaan telah hampir siap dan dijangka akan beroperasi mulai tahun depan.

Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Mohd Yasin Mohd Salleh berkata, lima IKBN yang hampir siap itu ialah IKBN Pekan di Pahang, IKBN Kemasik (Terengganu), IKBN Perlis, IKBN Kuala Langat (Selangor), IKBN Penawar (Johor) dan IKBN Tanah Merah (Kelantan).

"Semua IKBN yang sedang dalam pembinaan itu sudah siap sehingga 90 peratus dengan setiap satu berharga antara RM60 juta dan RM70 juta.

"Kita dijangka semua IKBN yang hampir siap itu akan beroperasi mulai awal tahun hadapan kecuali IKBN Tanah Merah yang perlu mengambil sedikit masa lagi untuk disiapkan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kejohanan Sukan IKBN/IKTBN (Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara) Se-Malaysia di IKBN Wakaf Tapai di sini hari ini.

Sebanyak 764 peserta dan pegawai daripada 14 IKBN di seluruh negara tidak termasuk dua IKBN dari Sabah dan Sarawak mengambil bahagian pada kejohanan empat hari itu.

Mohd Yasin berkata, sehingga ini negara mempunyai 16 IKBN dengan 10,000 pelatih sedang mengikuti 11 kursus kemahiran. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan