GPMS Selangor Pula Bantah Lesen Judi Piala Dunia 2010

Diterbitkan: Rabu, 19 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Isu pemberian lesen judi sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 terus mendapat kecaman pelbagai pihak, kali ini Gabungan Pelajar Semenanjung Selangor (GPMS) pula menggesa kerajaan menarik semula lesen judi berkenaan.

Menurut Pengerusi GPMS negeri, Mohd Faizal Mohd Salleh, pemberian lesen judi berkenaan hanya akan menggalakkan gejala maksiat secara terang-terangan yang semakin serius kebelakangan ini.

“Sesuatu yang haram dari segi agama tidak boleh dihalalkan melalui apa jua tindakan dan justifikasi.

“Apakah selepas ini kerajaan akan mengeluarkan lesen pelacuran pula kerana mengambil alasan yang sama bagi membendung aktiviti pelancuran haram?,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini hari ini.

Jelasnya, perjudian sama ada yang ‘dilesenkan’ atau tidak tetap mendatangkan kesan yang buruk dan tidak sihat kepada masyarakat.

“Judi tetap haram, tetap menyebabkan pembaziran, sikap bergantung nasib tanpa kewarasan, merosakkan keluarga selain menimbulkan tabiat suka berhutang.

“Ia juga akan menyebabkan kejatuhan ekonomi individu secara mengejut akibat ketagih berjudi,” katanya.

Tegasnya, tidak ada agama yang membenarkan masyarakatnya mengamalkan budaya berjudi.

“Judi bukan untuk dijadikan budaya yang halal dalam masyarakat Malaysia.

"Mungkin apa yang dibuat oleh kerajaan ialah untuk menghalalkan judi kepada orang bukan Islam tetapi sejauh mana kesan untuk orang bukan Islam tidak melibatkan diri dalam pertaruhan Piala Dunia tersebut?,” katanya.

Oleh itu, Faizal menegaskan GPMS Selangor melihat masih belum terlewat untuk menarik semula lesen yang telah diberikan.

Pada 6 Mei lalu, Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata, kerajaan mempertimbangkan kemungkinan mengeluarkan lesen untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bagi mengelak berleluasanya aktiviti perjudian dan pertaruhan haram di negara ini.

Bagaimanapun, perkara itu mendapat bantahan daripada beberapa pihak termasuk PAS, Umno dan beberapa NGO yang lain.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan