Bung Moktar Dipenjara Sebulan, Zizi Izette Didenda RM1,000 - Berita Semasa | mStar

Bung Moktar Dipenjara Sebulan, Zizi Izette Didenda RM1,000

Diterbitkan: Rabu, 19 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin hari ini dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 kerana berpoligami tanpa kebenaran Mahkamah Syariah.

Hukuman tersebut dijatuhkan oleh Hakim Wan Mahyuddin Wan Muhammad di Mahkamah Rendah Syariah Gombak dekat sini awal pagi ini.

Manakala isterinya, pelakon Zizie Izette A. Samad dikenakan denda maksimum RM1,000 atau sebulan penjara jika gagal membayar denda hari ini.

Tiga ipar Bung, Datuk Ahmad Shahazmi A. Samad, Samzy Fuzette, Shaheizy Sam, Sahari Ahamd dan Diding Putang yang dituduh bersubahat dengan Bung Moktar didenda RM1,000 dan jika gagal membayar mereka akan dipenjara enam bulan.

Kes dibicarakan di bawah Seksyen 40(2) Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Sementara itu, mahkamah berhenti rehat sehingga pukul 12 tengah hari bagi membolehkan pihak pembelaan mengemukakan afidavit untuk menangguhkan hukuman.

Bung, 51, berkahwin dengan Zizie, 32, hujung tahun lalu.

Dalam perbicaraan awal mereka di mahkamah yang sama pada 20 April baru-baru ini, Bung mengaku bersalah kerana melangsungkan perkahwinan keduanya tanpa izin dan kebenaran pendaftar nikah dan mahkamah terlebih dahulu.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan