BN Sarawak Tidak Panik Kekalahan Di Sibu

Diterbitkan: Rabu, 19 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Barisan Nasional (BN) tidak panik dengan kekalahan calonnya pada pilihan raya kecil Sibu 16 Mei lalu, kata Penasihat Khas di Pejabat Ketua Menteri Datuk Amar Adenan Satem di sini hari ini.

Beliau ketika dalam usul perbahasan ucapan perasmian oleh Yang Dipertua Negeri Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng berkata ia tidak akan memberi kesan kepada BN sama ada di peringkat pusat mahupun negeri.

"Hanya dengan menang di Sibu, BN masih lagi menguasai dewan (DUN) dan pembangkang masih kekal di kerusi pembangkang di dewan ini," kata Adenan (BN-Tanjung Datu).

Kata Adenan pembangkang yang menang dengan majoriti kecil 398 undi telah banyak menabur janji kepada rakyat di Sibu pada pilihan raya kecil lalu dan B Nmahu melihat sejauh mana mereka dapat melaksanakannya.

Jelasnya BN akan memantau dengan lebih dekat apa yang boleh pembangkang buat untuk rakyat Sibu dalam tempoh dua tahun lagi. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan