Taktik Baru Kempen Pembangkang Punca BN Tewas Di Sibu

Diterbitkan: Selasa, 18 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud hari ini berkata, taktik baru yang digunakan DAP bagi meraih sokongan pengundi menyebabkan BN kalah kerusi Parlimen Sibu.

"Kali ini kita menghadapi pelbagai corak kempen yang diadakan pembangkang dan ramai pula orang luar yang datang, kata Ketua Menteri Sarawak itu kepada pemberita selepas menghadiri persidangan Dewan Undangan Negeri di sini.

Katanya, BN Sarawak akan merangka strategi kempen yang baru bagi pilihan raya negeri yang akan datang bagi menghadapi cabaran dan menangkis dakwaan tidak berasas oleh pembangkang terhadap kerajaan negeri.

Pilihan raya negeri dijangka sebelum Mei tahun depan.

Abdul Taib juga menafikan bahawa BN kalah disebabkan undi protes oleh pengundi Sibu bagi menunjukkan rasa tidak puas hati dengan ahli politik kanan di negeri ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, jentera pilihan raya BN tidak begitu kreatif atau bertenaga seperti pembangkang menyebabkan BN kalah dalam pilihan raya kecil itu.

Najib berkata, jentera BN masih mengamalkan kempen cara lama.

Dalam pilihan raya kecil itu, calon DAP Wong Hong Leng memperoleh 18,845 undi untuk memenangi kerusi itu dengan majoriti 398 undi menewaskan calon Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi dan calon Bebas Narawi Haron yang hanya mampu meraih 232 undi dan hilang wang pertaruhan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan