Ringgit Kukuh: Pacu Negara Berpendapatan Tinggi

Diterbitkan: Selasa, 18 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

RINGGIT Malaysia semakin mengukuh apabila mencatatkan peningkatan prestasi dengan nilai 6 peratus berbanding dolar Amerikat Syarikat, 19 peratus (Euro) dan 16 peratus (pound sterling).

Pengukuhan itu sekaligus memberi kesan kepada asas ekonomi dan pemulihan yang teguh, demikian menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau menjelaskan keadaan itu merupakan pergerakan positif bagi Malaysia dan secara umumnya ia memberi kebaikan menyeluruh kepada rakyat.

Kesannya bukan sahaja meningkatkan kuasa beli rakyat, malah memberi keyakinan kepada pelabur asing untuk menjadikan negara sebagai ‘lubuk emas’.

Keadaan itu bakal mengubah wajah perdagangan Malaysia kerana secara asasnya, ekonomi Asia menjadi lebih kebergantungan kepada permintaan domestik.

Ringgit yang semakin kukuh disifatkan sebagai jentera memacu Malaysia sebagai sebuah negara berpendapatan tinggi seperti yang dihasratkan kerajaan menjelang tahun 2020.

Ia menyokong transformasi ekonomi serta sosial menerusi empat rangka utama iaitu gagasan 1Malaysia, Program Transformasi Kerajaan (GTP), Pelan Transformasi Ekonomi dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Pengenalan Model Ekonomi Baru (MEB) pada tahun ini yang memberi penekanan kepada inovasi dan teknologi tinggi amat bertepatan bagi memastikan hasrat itu tercapai.

Dengan peningkatan kuasa beli akan membuktikan persekitaran dan taraf hidup rakyat lebih baik dan menyaksikan lebih banyak peluang pekerjaan ditawarkan.

Faktor tersebut dilihat sebahagian daripada proses untuk menaikkan keseluruhan struktur ekonomi negara menerusi lonjakan nilai pendapatan rakyat.

Peningkatan mata wang diperkukuhkan dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 10.1 peratus bagi suku pertama tahun ini iaitu kadar tertinggi dalam satu dekad.

Kadar yang memberangsangkan itu disokong oleh pengukuhan permintaan domestik seiring dengan pemulihan ekonomi dunia.

Oleh itu, nilai ringgit yang semakin kukuh sebenarnya memperluaskan lagi cabang dan sumber baru bagi menjana ekonomi domestik.

Perubahan itu turut memanfaatkan rakyat secara menyeluruh di dalam misi Malaysia untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi.

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan