Pengguna Berpeluang Guna LKSA Percuma Selama Dua Bulan

Diterbitkan: Selasa, 18 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Para pengguna Lebuhraya Kemuning Shah Alam (LKSA) yang dilancarkan sepenuhnya pada hari ini akan dapat menggunakannya secara percuma selama dua bulan, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor.

Keputusan itu dicapai setelah beliau mengadakan perbincangan dengan Pengerusi Projek Lintasan Shah Alam Sdn Bhd (PROLINTAS), Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman, katanya semasa berucap di Majlis Perasmian lebuhraya baru itu di sini hari ini.

Shaziman berterima kasih kepada PROLINTAS yang merupakan pemegang konsesi lebuhraya ini kerana memberikan laluan percuma selama dua bulan dari hari ia dilancarkan dan langkah itu wajar dicontohi dalam pelancaran lebuhraya baru yang akan datang.

Hamad berkata, pada peringkat awal 25,000 kenderaan sehari, dijangka menggunakan lebuhraya yang menghubungkan Shah Alam terutamanya projek perumahan Alam Impian ke Lebuhraya Persekutuan dan Kesas.

Dengan adanya LKSA ini katanya, perjalanan dari Lebuhraya Kesas ke Lebuhraya Persekutuan yang sebelum ini mengambil masa 30 minit akan dikurangkan kepada 10 minit sahaja dan ini akan mengurangkan penggunaan bahan api serta memberi lebih masa kepada para pengguna untuk melakukan aktiviti yang lebih produktif.

LKSA juga mampu memainkan peranan sebagai pemangkin pembangunan dan sosio ekonomi kawasan setempat di mana nilai hartanah dijangka meningkat dan lebih banyak projek perumahan, perindustrian dan komersil akan dibangunkan kerana laluan keluar masuk yang lebih baik menerusi lebuhraya ini.

Lebuhraya sepanjang 14.7 km ini yang menggunakan sistem tol terbuka disiapkan dalam tempoh 33.5 bulan dengan kos RM750 juta, dua bulan setengah lebih awal daripada 36 bulan yang ditetapkan sejak pembinaan bermula Ogos 2007.

Beliau berkata, sepanjang tempoh pembinaan, PROLINTAS menghadapi pelbagai cabaran antaranya ialah proses pengambilalihan tanah berlaku serentak dengan pembinaan dan ada antara kawasan lebuhraya itu terletak di dalam kawasan paya sedalam 61 meter yang memerlukan kerja-kerja pengukuhan struktur tanah yang teliti bagi menetapi piawaian.

Pada masa yang sama, PROLINTAS juga berhadapan dengan kenaikan harga bahan binaan yang begitu mendadak di sepanjang tempoh pembinaan, katanya.

Hamad berkata: "Sebagai contoh, harga besi melambung sebanyak 52 peratus, harga minyak melonjak sebanyak 37 peratus , simen naik sebanyak 22 peratus, manakala bitumen meingkat sebanyak 13 peratus.

Kenaikan harga bahan-bahan binaan utama ini telah memberikan tekanan kepada PROLINTAS di dalam mengawal kos keseluruhan lebuhraya ini."

Selain LKSA, Prolintas juga mengendalikan operasi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH) dan Lebuhraya Guthrie yang diambil alih daripada Kumpulan Guthrie Bhd pada 2007. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan