Pelajar Sains Politik Turun Padang Pada Pilihan Raya Bukan Pelik - Hilman

Diterbitkan: Selasa, 18 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelajar jurusan Sains Politik yang ‘turun padang’ pada setiap pilihan raya diadakan telah dianggap menjadi adat bagi mendalami pembelajaran mereka di universiti.

Menurut Hilman Idham yang merupakan salah seorang daripada empat pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang akan didakwa di mahkamah universiti itu, perkara itu turut dilakukan oleh pensyarah Sains Politik dalam mana-mana pilihan raya dan sebelum ini tiada sebarang masalah berlaku.

“Ia sudah jadi adat kami turun ke lapangan pilihan raya, begitu juga pelajar jurusan perubatan akan ke hospital dan pelajar bidang kejuruteraan akan turun melihat tapak projek.

“Tujuan kami ke sana (pilihan raya) bagi melihat bagaimana keadaan politik yang sebenar,” katanya di sini, hari ini.

Selain Hilman, tiga lagi rakannya iaitu Ismail Aminuddin, Azlin Shafina Adzha dan Wong King Chai turut ditahan polis pada 22 April lalu di pekan Rasa dan Ampang Pecah sewaktu berlangsung Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

Kesemuanya akan didakwa kerana melakukan kesalahan menyalahi undang-undang Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti & Kolej Universiti 1971 (AUKU).

Dalam pada itu, Hilman mendakwa, pertuduhan itu digugurkan oleh polis kerana tiada bukti untuk disabitkan kesalahan mereka.

Katanya, termasuk Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) yang boleh didakwa pihak polis, namun tiada sebarang bukti untuk berbuat demikian.

“Bagaimanapun, saya hairan kenapa pihak universiti boleh mendakwa saya sedangkan pihak polis tidak mempunyai bukti yang cukup untuk mendakwa saya.

“Saya juga hairan kerana dalam empat yang ditahan, saya didakwa secara berasingan pada 2 Jun, manakala tiga lagi sehari selepas itu,” soalnya.

Jika disabit kesalahan di bawah AUKU, kesemua pelajar terbabit boleh dikenakan tindakan tatatertib dan boleh dihukum di bawah Kaedah-kaedah Universiti Kebangsaan Malaysia (Tatatertib Pelajar-pelajar) 1999.

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan