MBMB Kesan Jualan Kupon Letak Kereta Palsu

Diterbitkan: Selasa, 18 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Orang ramai diminta tidak terpedaya dengan tawaran jualan kupon letak kereta "beli satu, percuma satu" oleh orang perseorangan di kawasan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) kerana kupon berkenaan adalah palsu.

MBMB dalam satu kenyataan di sini, hari ini berkata pihaknya mengesan satu sindiket menawarkan kepada orang ramai yang membeli sebuah buku mengandungi 10 keping kupon akan mendapat percuma sebuah buku yang juga mengandungi 10 keping kupon.

Setiap buku berkenaan mengandungi kepingan kupon bernilai 60 sen untuk tempoh sejam dan RM5 bagi tempoh sehari meletak kereta, katanya.

Menurut kenyataan itu, warna asas pada nombor kupon palsu tidak jelas apabila digores, kupon palsu sukar digores, saiz nombor siri pada kupon berbeza, tulisan dan ejaan pada kupon juga berbeza.

Orang ramai dinasihat tidak membeli kupon letak kereta MBMB dari orang perseorangan sebaliknya mendapatkan dari pondok jualan yang terdapat di kawasan letak kereta dan ejen berdaftar dengan MBMB. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan