Malaysia Terus Ketandusan Bakat

Diterbitkan: Selasa, 18 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Malaysia terus ketandusan bakat berikutan ramai graduan tempatan memilih untuk berkhidmat di negara-negara Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD).

Antara negara-negara OECD seperti Australia, Jerman, Perancis, Jepun, United Kingdom, Amerika Syarikat, Kanada, Itali, Korea dan Sweden.

Kekurangan bakat bukan lagi fenomena baru, namun globalisasi dan kepesatan komunikasi global teknologi maklumat telah menjadikan masalah itu semakin serius.

Menurut Bank Dunia, bilangan rakyat Malaysia yang menetap di luar negara hanya 9,576 orang pada tahun 1960, namun jumlah itu meningkat kepada 1,489,168 pada 2005.

Perangkaan itu meningkat hampir 100 kali ganda dalam tempoh 45 tahun.

Laporan Majlis Penasihat Ekonomi Negara (NEAC) baru-baru ini pula menyatakan pada masa ini kira-kira 350,000 rakyat Malaysia bekerja di luar negara dengan lebih separuh daripadanya mempunyai pendidikan tinggi.

Ahli Parlimen Alor Gajah, Datuk Seri Dr Fong Chan Onn dalam tulisannya yang disiarkan akhbar Sunday Star berhujah, antara bakat Malaysia yang ‘hilang’ adalah dalam bidang kedoktoran dan kejururawatan.

“Berdasarkan data terhadap kakitangan perubatan yang lahir di luar negara dalam negara OECD, hospital tempatan kekurangan doktor dan jururawat.

“Malaysia mempunyai seramai 7,431 jururawat, 4,129 doktor, 652 doktor gigi dan 798 ahli famasi yang bekerja di negara OECD pada tahun 2000,” katanya dalam artikel itu lagi.

Menurutnya, punca Malaysia kehilangan bakat tempatan disebabkan oleh isu-isu perundangan, peluang pengajian serta isu sosial politik domestik.

“Kebanyakan graduan memilih untuk kekal di negara OECD kerana peluang kerja lebih baik dan sebahagiannya disebabkan pilihan gaya hidup baru dan persekitaran sosial,” katanya.

Menurut Bank Dunia, seramai 132,468 menetap di negara-negara OECD pada tahun 2000 dan 102,321 orang daripada jumlah itu mempunyai pendidikan tinggi.

Kira-kira 0.44 peratus rakyat tempatan yang mempunyai pendidikan tinggi bekerja di negara berkenaan jika dibandingkan dengan jumlah populasi di Malaysia.

Dalam persekitaran global yang begitu kompetitif menyebabkan Malaysia antara negara yang turut kehilangan bakat terbaik untuk negara-negara berkenaan.

“Negara-negara OECD mempunyai kemajuan infrastruktur, institusi sosial yang kukuh, beberapa universiti serta institusi pembangunan dan penyelidikan (R&D) terkemuka dunia.

“Ini termasuk pasaran yang melonjak naik telah berkuasa membangunkan profesional dunia,” kata Chan Onn.

Antara faktor lain seperti wanita Malaysia berkahwin dengan rakyat asing kerana menurut undang-undang negara, anak mereka tidak layak menjadi warganegara Malaysia atau penduduk tetap.

Menurut Chan Onn, masalah itu boleh diatasi dengan mengekalkan bakat yang ada di dalam negara serta menggalakkan bakat tempatan di luar negara pulang berkhidmat di Malaysia.

Beliau yang juga bekas Menteri Sumber Manusia berkata, pendekatan itu sebenarnya jauh lebih baik berbanding mengambil pakar asing bagi memperkasakan kepakaran di negara ini.

“Malaysia perlu memansuhkan segera perundangan yang bersifat ‘berat sebelah’ terhadap jantina yang menghalang suami atau anak kepada wanita tempatan berbakat yang mengahwini rakyat asing daripada menjadi warganegara atau penduduk tetap,” katanya.

Selain itu, Chan Onn mencadangkan supaya Malaysia mempergiatkan hubungan kerjasama dengan negara-negara OECD menerusi program pertukaran belia.

Jelasnya, Malaysia juga perlu mengubah corak pemikiran lama dengan membuat pembaharuan ke atas polisi permit kerja, penduduk tetap dan kerakyatan.

“Kita juga seharusnya mengkaji semula pelaksanaan skim insentif bagi menarik perhatian profesional Malaysia yang sedang berkhidmat di luar negara,” tambahnya.

Walaupun mungkin sudah terlambat untuk menarik perhatian dan mengambil golongan itu bekerja di Malaysia, katanya, sekurang-kurangnya ia merupakan permulaan yang baik.

“Tetapi adalah lebih baik sekiranya kita melaksanakan ‘Program Tarik dan Ambil’ dengan penuh komitmen bagi memastikan rancangan Malaysia untuk menjadi sebuah negara berpendapatan tinggi akan menjadi realiti,” ujar Chan Onn.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Kolumnis

iklan

Iklan