Lembaga Siasatan Ditubuh Siasat Kes Banduan Lari Penjara Tawau - Berita Semasa | mStar

Lembaga Siasatan Ditubuh Siasat Kes Banduan Lari Penjara Tawau

Diterbitkan: Selasa, 18 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Jabatan Penjara Malaysia sudah menubuhkan Lembaga Siasatan bagi menyiasat insiden seorang banduan, Anas Omar melarikan diri dari Penjara Tawau di sini pada 15 Mei lalu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Penjara Malaysia, Za'ba Abu Bakar dalam satu kenyataan berkata, jika lembaga berkenaan mendapati anggota berkaitan cuai ketika menjalankan tugas tindakan menahan kerja akan diambil.

"Selaras dengan fungsi yang dimainkan oleh jabatan ini iaitu menjaga keselamatan masyarakat melalui penahanan yang selamat dan program pemulihan yang efektif, maka jabatan ini tidak akan berkompromi dengan mana-mana pelanggaran peraturan dan prosedur penjara," kata Za'ba.

Katanya, tindakan tegas terhadap mana-mana anggota yang didapati cuai dalam melaksanakan tugas dan menyebabkan berlakunya kejadian banduan lari dari penjara akan dilaksanakan di mana-mana institusi penjara di negara ini.

Sementara itu, Za'ba berkata, gerakan memburu dan mengesan Anas yang melarikan diri ketika menjalani latihan pertanian di kawasan kebun sayur penjara Tawau, masih diteruskan dengan kerjasama pasukan polis. - BERNAMA

   

iklan

Video

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Khamis, 5 Julai 2018 7:02 PM

Ngeri! Nampak kaki dalam beg baju

Kolumnis

iklan

Iklan