Hishammuddin Jamin Institusi Raja Tetap Dihormati

Diterbitkan: Selasa, 18 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi jaminan bahawa Institusi DiRaja Kelantan tetap dihormati berikutan timbul dakwaan bahawa kerabat DiRaja Kelantan dikasari polis.

Beliau berkata pihaknya akan memberikan khidmat yang terbaik kepada institusi Raja kerana ia merupakan institusi yang disayangi.

Bagaimanapun beliau tidak memaklumkan hasil pertemuan dengan Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid selama dua jam mulai 9 malam di Istana Mahkota di Kubang Kerian, di sini, hari ini.

"Kita akan buat apa yang terbaik dengan memberikan penghormatan yang sepatutnya kepada institusi raja yang disayangi.

"Kita akan lakukan dengan tertib, teliti dan terbaik," katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu.

Hishammuddin berkata demikian berikutan dakwaan Tengku Anis telah dikasari polis apabila Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada 4 Mei lepas.

Bagaimanapun Timbalan Ketua PolisKelantan, Datuk Amir Hamzah Ibrahim menafikan dakwaan itu dan meminta pihak terbabit supaya membuat laporan polis.

Berikutan itu, kekanda Sultan Kelantan Tengku Merjan Yahya Petra mendesak Hishammuddin memberikan penjelasan mengenai dakwaan Tengku Anis itu. BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan