Gagal Langsai Hutang, Ah Long Pecah Masuk Rumah Peminjam

Diterbitkan: Selasa, 18 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Gara-gara gagal melangsaikan hutang yang baru dipinjam dua minggu lalu daripada seorang ah long atau ceti haram, rumah sepasang suami isteri dipecah masuk dan beberapa perkakasan elektronik turut hilang.

Kejadian itu disedari mangsa, Yong Chong Ling, 28, pada Jumaat lepas setelah pulang ke rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Raya Permai, Sungai Besi di sini selepas dua hari berada di rumah kakaknya di Cheras.

Yong yang juga seorang kerani berkata, setibanya di rumah, beliau mendapati mangga pintu rumahnya telah tiada dan keadaan di dalam rumahnya berselerak dengan perkakasan elektronik iaitu masing-masing dua buah televisyen, pemain DVD dan kipas angin turut hilang.

"Peti sejuk rumah saya turut disimbah dengan sos tomato termasuk di dalam bilik tidur, malah dua helai coli saya turut digantung pada tingkap di ruang tamu rumah serta diconteng dengan marker pen berwarna hitam," katanya kepada pemberita di pejabat Biro Pengaduan Awam MCA di sini, hari ini.

Beliau turut menemui sekeping kertas meminta beliau menghubungi seorang lelaki yang dikenali sebagai Sam dipercayai ah long yang diletakkan di atas lantai ruang tamu rumahnya.

Yong berkata, suaminya Cheong Fook Lin, 29, yang bekerja sebagai tukang kayu pernah membuat pinjaman RM3,000 daripada seorang ah long pada 5 Mei lalu untuk membayar ansuran bulanan kereta.

Namun kerana kelewatan membayar hutang tersebut yang sepatutnya dilangsaikan dalam tempoh seminggu, Yong dan suami terpaksa menanggung hutang sebanyak RM20,000 dalam tempoh dua minggu.

"Suami saya pinjam RM3,000 dan kena bayar balik sebanyak RM3,600 termasuk faedah dalam masa seminggu, tetapi kerana terlewat bayar, ah long tersebut mengenakan faedah yang tinggi setiap hari sehingga RM20,000 sekarang," katanya.

Beliau berkata, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sungai Besi di sini, Jumaat lepas.

Sementara itu, Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong kesal dengan tindakan orang ramai yang masih berdegil membuat pinjaman dengan ah long walaupun banyak kes-kes yang melibatkan peminjam sering didedahkan oleh media.

"Kebanyakan orang ramai yang membuat pinjaman dari ah long adalah untuk berjudi dan saya risau akan ramai lagi orang meminjam dengan ah long untuk berjudi semasa (pertandingan bola sepak) Piala Dunia bulan depan," katanya.

Beliau berkata, sejak Januari sehingga pertengahan Mei lepas, biro itu menerima 98 kes melibatkan pinjaman ah long dan daripada jumlah itu 34 kes melibatkan golongan wanita.

Katanya, kaum Melayu juga tidak ketinggalan membuat pinjaman daripada ah long dan daripada 98 kes itu, 20 kes melibatkan kaum tersebut.

"Kaum Cina 73 kes manakala kaum India lima kes. Golongan wanita juga sudah berani membuat pinjaman daripada ah long di mana daripada 98 kes itu, 21 kes melibatkan wanita Cina, 11 kes Melayu dan dua kes India," katanya.

Beliau berkata, namun jumlah kes itu telah menurun berbanding tahun lepas iaitu sebanyak 500 kes yang diterima pihaknya, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan