E-Tuntutan Selaraskan Prosedur Tuntutan Perjalanan Kerajaan

Diterbitkan: Selasa, 18 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: E-Tuntutan, satu aplikasi berasaskan web dijangka membantu menyelaraskan prosedur bagi petugas kerajaan melakukan perjalanan serta tuntutan lebih masa.

Ia adalah juga satu gerbang bagi para petugas kerajaan untuk memohon pendahuluan diri sebelum melaksanakan tugas di dalam negara dan di seberang laut, kata Ketua Akauntan Lembaga Getah Malaysia (MRB) Azhan Haris Ajidan.

Katanya sistem itu dibangunkan bersama oleh sepasukan dari unit kewangan akaun MRB, bersama-sama dengan CWorks Mobile Sdn Bhd. Ia berjaya dilaksanakan di dalam MRB.

"Ia merupakan sistem paling komprehensif yang pernah dibangunkan dan ditanam dengan teknologi aliran kerja sambil mematuhi keperluan kompleks prosedur kerajaan bagi meluluskan tuntutan, kata Azhan kepada Bernama di Pameran Reka Bentuk, Inovasi dan Teknologi Antarabangsa (ITEX 2010) di sini.

Acara itu diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) dari 14-16 Mei.

Katanya E-Tuntutan itu menggalakkan penjimatan kos terhadap agensi yang melaksanakannya, bersama-sama dengan ketelusan di dalam proses tuntutan itu sambil memberikan kawalan lebih meluas kepada para pengurus untuk menguruskan perbelanjaan.

"Ia turut memberikan kepuasan terhadap kakitangan dalaman dan satu ganjaran yang lebih baik bagi prestasi kerja serta kefleksibelan untuk melaksanakan tugas mereka dari mana sekali pun dan bila-bila masa," katanya.

Katanya ia turut menyokong persekitaran kerja tanpa kertas dan sekaligus satu aplikasi mesra alam sekitar.

"Dengan adanya sistem itu, kami akan berupaya untuk menjimatkan kertas bernilai RM6,000 setahun serta mengurangkan penipuan, pemalsuan atau tuntutan bertindih," katanya.

Menurut Azhan, beberapa agensi kerajaan telah menghubungi MRB bagi bertanya mengenai sistem itu, yang termasuk Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Lembaga Perancangan Keluarga Nagara (NFPB).

Katanya sistem itu telah dilaksanakan dari 2003 di dalam MRB dan juga telah mendapat pujian dari Biro Pencegahan Rasuah (BPR) yang lepas di dalam menggalakkan ketelusan dan penggunaan Teknologi Maklumat Komunikasi (ICT) untuk menghapuskan pertindihan dan tuntutan palsu. Sementara itu, satu lagi sistem berasaskan web yang dikeluarkan secara dalaman oleh MRB, ialah e-Tepat.

Pegawai Penyelidik Maklumat Teknikal dan Nasihat Unit Teknologi dan Kejuruteraan MRB, Kartini Alias berkata sistem itu bertujuan menganalisis data yang diperolehi dari program ujian profisiensi (PT). Katanya kekuatan dan keefisienan sistem itu berasal dari keperluan bagi cepat, boleh dipercayai dan tanpa kertas.

Sistem itu, kata Kartini memudahkan dan mempercepatkan proses melakukan program PT di mana perancangan, inovasi dan analisis data dilaksanakan secara online.

Ia turut menawarkan langkah mengemukakan data mentah secara online dan semakan keputusan akhir oleh peserta, yang sekaligus mewujudkan persekitaran tanpa kertas dan mesra alam sekitar. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan