Datuk Marjana Dasmi Dilantik Pengerusi TTPR Sarawak

Diterbitkan: Selasa, 18 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUCHING: Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah (TTPR) Sarawak dijangka beroperasi pada Julai ini berikutan pelantikan rasmi Datuk Marjana Dasmi, seorang peguam wanita, sebagai pengerusi tribunal itu berkuatkuasa hari ini.

Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Sarawak, Datuk Abang Johari Tun Openg berkata, bangunan lama Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak telah dikenal pasti sebagai lokasi prosiding tribunal.

"Tempoh masa penyelesaian setiap tuntutan akan ditentukan setelah TTPR beroperasi secara rasmi kelak,"katanya kepada pemberita selepas penyerahan surat pelantikan anggota TTPR di komplek DUN Sarawak di sini.

Thomas Akin Jelimin yang juga seorang peguam dilantik sebagai timbalan pengerusi manakala anggota lain TTPR ialah Alhadi Ibrahim (jurutera), Mike Boon Chee Khian (arkitek), Robert Elone Sireng (ahli ekonomi), Morni Wahie (jurukur) dan Peter Lim Thiam Seng (jurunilai berdaftar).

Abang Johari berkata, antara bidang kuasa TTPR ialah tuntutan difailkan tidak lewat 12 bulan dari tarikh pengeluaran Permit Menduduki atau tamat tempoh liabiliti kecacatan seperti dinyatakan dalam surat perjanjian jual dan beli (S&P).

"Perjanjian jual beli melibatkan rumah tempat tinggal yang dibina di atas tanah untuk kegunaan tempat kediaman sahaja," katanya.

"Setiap tuntutan hendaklah tidak melebihi RM40,000 kecuali pihak menuntut bersetuju untuk tidak meneruskan jumlah baki tuntutan atau dengan persetujuan pihak pemaju secara bertulis untuk pendengaran TTPR,"katanya.

Beliau berkata, bagi perjanjian jual dan beli yang dibuat sebelum 1 Mei 2010 layak dipertimbangkan dengan syarat tuntutan tersebut mestilah memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Menurutnya, Kementerian Perumahan dan Pembangunan Bandar negeri akan bertindak sebagai urusetia TTPR. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan