Selcat Setuju Adakan Perbicaraan Umum Berhubung Dakwaan Korupsi Dalam Kumpulan Semesta

Diterbitkan: Isnin, 17 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan DUN Selangor (Selcat) akan mengadakan perbicaraan umum berhubung dakwaan korupsi dalam syarikat milik penuh kerajaan negeri - Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) yang terlibat dalam aktiviti melombong pasir di negeri itu.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Speaker DUN, Teng Chang Khims hari ini, keputusan untuk mengadakan perbicaraan terbuka itu diputuskan dalam satu mesyuarat khas hari ini.

Teng merupakan pengerusi Selcat yang turut dianggotai oleh empat wakil dari Pakatan Rakyat dan dua wakil Barisan Nasional.

Kenyataan itu juga menyebut, perbicaraan terbuka itu akan diadakan selama tiga hari bermula 2, 3 dan 4 Julai dari jam 10 pagi hingga 1 tengah hari di bangunan tambahan Sekretariat Negeri.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mendesak pihak polis agar segera bertindak menyiasat ugutan bunuh yang dibuat ke atas Ahli Parlimen Kapar, S. Manikavasagam.

Katanya, ugutan seperti itu tidak akan melemahkan semangat Kerajaan Negeri untuk memerangi korupsi habis-habisan.

"Usaha Kerajaan Selangor tidak sama sekali akan terjejas dengan ugutan dan percubaan menakut-nakutkan wakil rakyat sepertimana yang berlaku ini dan kita berharap siasatan yang akan dijalankan oleh pihak berkuasa akan dapat membawa mereka yang bertanggungjawab melakukannya ke muka pengadilan," ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada apa yang berlaku semalam yang menyaksikan rumah Manikavasagam di Meru disimbah dengan cat merah dan terdapat sekeping nota yang ditinggalkan di hadapan rumahnya yang berbunyi; “Jangan campur isu pasir. U mati.”

Menteri Besar Selangor itu bagaimanapun berkata bahawa Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar telah memberi jaminan kepadanya yang pihak polis akan melakukan yang terbaik dalam melaksanakan siasatannya nanti.

Manikavasagam sebelum itu telah membuat beberapa laporan polis berhubung ugutan membunuh yang dilakukan ke atasnya selepas beliau mendedahkan wujudnya penyalahgunaan kuasa dan korupsi yang melibatkan anak syarikat negeri Kumpulan Semesta Sdn Bhd berhubung aktiviti perlombongan pasir.

Sementara itu di KLANG, Manikavasagam ketika ditemui berkata ugutan yang diterimanya itu tidak akan menjejaskan usahanya untuk terus bercakap mengenai isu tersebut.

Katanya perjuangan PKR ialah untuk menentang semua bentuk rasuah, penyalahgunaan kuasa dan korupsi di semua peringkat.

Dan tegasnya lagi, walaupun pendedahan yang dibuatnya itu melibatkan sebuah anak syarikat Kerajaan Negeri, ia tidak bermakna yang beliau bercadang meninggalkan parti itu tidak lama lagi.

Katanya, semua cakap-cakap itu adalah karut semata-mata.

Manikavasagam juga terharu dengan usaha yang dilakukan oleh penduduk-penduduk di kawasan yang diwakilinya apabila mereka berusaha memasang kamera tertutup di kediamannya selepas apa yang berlaku semalam.

Dalam pada itu, penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Negeri Selangor sedia anak syarikatnya disiasat berhubung dakwaan salahguna kuasa dan korupsi dalam aktiviti perlombongan pasir itu.

“Kami sedia disiasat oleh mana-mana pihak termasuklah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia asalkan ia dilakukan secara profesional dan telus,” kata Anwar, yang juga penasihat ekonomi negeri.

Kata Anwar, beliau telahpun bercakap dengan ahli parlimen Kapar itu dan juga menteri besar berhubung isu tersebut.

"Dan kedua-duanya bersetuju bahawa dakwaan tersebut patut disiasat oleh Selcat," kata Anwar lagi.

Setakat ini, anak syarikat kerajaan negeri itu menafikan semua dakwaan tersebut malah mengancam akan mengambil tindakan undang-undang ke atas ahli parlimen Kapar itu kerana membuat dakwaan tersebut.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan