Panel Khas Siasat Kematian Aminulrasyid Belum Buat Cadangan Dedahkan IGSO

Diterbitkan: Isnin, 17 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Panel khas bagi menyiasat kematian remaja berusia 15 tahun, Aminulrasyid Amzah belum membuat sebarang cadangan untuk mendedahkan Perintah Tetap Ketua Polis Negara (IGSO) yang digunakan dalam siasatan itu kepada umum.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Abu Seman Yusop berkata mereka telah membuat penilaian terhadap laporan awal siasatan berkenaan dan mendapati masih terdapat banyak ruang yang boleh ditambah baik.

Katanya panel berkenaan juga berkemungkinan meminta polis melakukan penambahbaikan terhadap IGSO agar proses siasatan dapat dijalankan dengan adil dan telus.

"Masih terlalu awal untuk membuat sebarang cadangan. Kita telah buat cadangan, tetapi kita telah meneliti laporan awal yang disediakan dan mendapati ada beberapa penambahbaikan yang boleh dilakukan," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat panel khas tersebut di pejabatnya di sini hari ini.

Mesyuarat selama tiga jam itu disertai oleh semua anggota panel termasuk Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Ahmad Fuad Abdul Aziz. Abu Seman berkata demikian ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar baru-baru ini yang mendakwa bahawa panel khas itu telah membuat cadangan supaya IGSO itu didedahkan untuk pengetahuan umum dalam laporan awal siasatan berkenaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dalam reaksi terhadap laporan akhbar itu berkata polis bersedia mendedahkan IGSO mengenai kaedah dan prosedur penggunaan senjata api untuk pengetahuan orang ramai sekiranya diminta berbuat demikian.

Pada 25 April lepas, Aminulrashid mati setelah terkena tembakan yang dilepaskan polis di Seksyen 11 Shah Alam ketika cuba melarikan diri selepas kenderaan yang dipandunya terserempak dengan kereta peronda polis. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan