NUTP Sambut Baik Ganjaran Kewangan Kepada Guru

Diterbitkan: Isnin, 17 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) hari ini menyambut baik dan menghargai pengumuman ganjaran kewangan kepada guru besar dan guru yang berjaya melonjakkan prestasi sekolah masing-masing.

Presidennya Hashim Adnan ketika dihubungi Bernama berpendapat ia akan menjadi galakan untuk mereka bekerja keras supaya matlamat itu tercapai.

Bagaimanapun, katanya satu formula atau mekanisme terbaik perlu diwujudkan dahulu supaya pemberian ganjaran itu seragam dan adil bagi semua pihak yang bakal menerimanya.

"Contohnya bagi peperiksaan PMR (Penilaian Menengah Rendah), sekolah pertama mendapat keputusan lulus semua (gred) A, sekolah kedua pula mendapat lulus tetapi semua (gred) C, adakah kita nak bagi ganjaran kepada semua guru dalam angka yang sama iaitu RM900...jadi itu tidak begitu adillah.

"Contoh kedua pula, bagi cikgu yang mengajar Bahasa Melayu setiap hari berbanding cikgu pendidikan jasmani yang hanya mengajar seminggu sekali, takkan nak bagi duit yang sama banyak (kepada kedua-dua guru), tentu akan ada guru yang rasa tidak adil," katanya.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam yang mengumumkan ganjaran RM900 hingga RM7,500 kepada pengetua, guru besar dan guru sekolah rendah serta menengah yang mencatat prestasi cemerlang mencapai Indeks Petunjuk Prestasi (KPI) yang ditetapkan Kementerian Pelajaran, mulai tahun ini. Muhyiddin berkata pengetua dan guru besar yang mencapai sasaran KPI ini akan menerima ganjaran kewangan sebanyak RM7,500, lima peratus guru-guru (terbaik) sekolah berkenaan pula, iaitu berdasarkan tahap penilaian prestasi tahunan mereka, akan menerima RM1,800 dan guru-guru selebihnya lagi akan menerima RM900.

Hashim berkata satu sistem pemantauan penempatan yang lebih cekap dan adil diwujudkan secara atas talian (online) bagi mengatasi masalah guru yang bertugas di pedalaman yang diumumkan Muhyiddin juga sangat dihargai pihaknya.

"Dengan sistem pemantauan yang lebih cekap dan adil ini, guru yang ditempatkan di kawasan luar bandar yang terpencil tidak akan disisih atau diabaikan.

"Sistem pemantauan itu juga akan memastikan mereka yang telah lama berkhidmat di kawasan itu diberi peluang bertugas di bandar pula," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan