Kajian Menyeluruh PRK Perlu Bagi Kenal Pasti Isu Tempatan

Diterbitkan: Isnin, 17 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Satu kajian menyeluruh mengenai kekalahan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu perlu dibuat bagi mengenal pasti isu tempatan yang harus ditangani, kata Setiausaha Penganjur Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Beliau yang juga Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air berkata usaha bagi mengenal pasti isu-isu berkenaan perlu dilaksanakan sebagai persiapan awal dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Katanya kegagalan Barisan nasional (BN) mempertahankan kerusi Parlimen Sibu semalam harus dijadikan pengajaran bagi mengatasi kelemahan yang wujud, dan semua pihak harus menerima keputusan pengundi kawasan itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat tapak Loji Rawatan Air Langat 2 (LRAL 2) bagi Projek Penyaluran Air Mentah Pahang Selangor (PPAMPS) di Jalan Hulu Langat dekat sini, hari ini.

Pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu semalam calon DAP Wong Ho Leng menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew, yang merupakan Penolong Bendahari SUPP cawangan Sibu, dengan kelebihan 398 undi, bagi kerusi yang sebelum ini diwakili oleh BN.

Chin turut menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa pengaruh kemerosotan pengundi kaum Cina di Semenanjung, seperti yang dialami pada pilihan raya kecil Hulu Selangor pada bulan lepas, kini menular ke Sarawak.

"Saya tidak merasa itu sebabnya. Apabila post mortem dilakukan nanti, jentera parti pasti akan mengetahui masalah yang menjadi sebab kekalahan itu," katanya.

Beliau seterusnya tidak menolak pendekatan kempen secara agresif daripada parti pembangkang berbanding kempen yang dijalankan oleh BN menjadi faktor kekalahan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Kolumnis

iklan

Iklan