Hanya 10 Peratus Penduduk Kelantan Guna Internet - Nik Aziz

Diterbitkan: Isnin, 17 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berharap aplikasi pelayar web Internet Thoyyibah mampu merapatkan jurang digital di negeri itu.

Katanya ketika ini hanya 10 peratus daripada 1.5 juta penduduk Kelantan menggunakan kemudahan internet dan bilangan itu paling rendah berbanding penduduk negeri lain.

"Gerbang Internet Thoyyibah dapat merapatkan jurang digital antara Kelantan dengan negeri lain di negara ini," katanya ketika berucap merasmikan pelancaran kemudahan baru itu di Balai Islam, dekat sini, hari ini.

Projek tersebut adalah usahasama antara kerajaan negeri dengan Jaring Communications Sdn Bhd.

Majlis pelancaran itu turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutif Jaring Communications Dr Mohamed Awang Lah dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Maklumat Negeri, Datuk Dr Mohd Fadzli Datuk Hassan.

Nik Aziz berkata walaupun kerajaan mengamalkan dasar membangun bersama Islam, namun ia juga menggalakkan rakyatnya menggunakan ilmu teknoloji komunikasi maklumat (ICT).

Sebab itu, kerajaan negeri menggalakkan rakyat menggunakan peralatan teknologi moden yang ada tetapi mengikut kaedah yang halal melalui pengguna internet secara berhemah, katanya.

Sementara itu, Mohamed Awang Kelantan merupakan negeri pertama yang mengadakan usahasama mewujudkan program Internet Thoyyibah di negara ini.

Menurutnya, pihaknya bercadang untuk memperluaskan projek tersebut ke seluruh negara bagi meningkatkan penggunaan internet mengikut cara yang berhemah.

Beliau berkata, menerusi pengisian kaedah Internet Thoyyibah ini, pelayar aplikasi laman web dikawal melalui dua konsep iaitu menyekat mana-mana aplikasi yang disenaraihitamkan atau memberi laluan kepada aplikasi yang disenarai putih atau internet berhemah.

"Penggunaan program ini membolehkan ibu bapa dan ketua-ketua pejabat membuat pemantauan dari jauh bagi menentukan anak-anak atau petugas mereka mengaplikasikan internet secara sihat atau berhemah," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 2:30 PM

“Tiada Yang Melampau Pun” – Dayana Roza

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Kolumnis

iklan

Iklan