Guru Meninggal Dunia, Sambutan Hari Guru SK Cheng Dibatal - Berita Semasa | mStar

Guru Meninggal Dunia, Sambutan Hari Guru SK Cheng Dibatal

Diterbitkan: Isnin, 17 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MELAKA: Sambutan Hari Guru di Sekolah Rendah Kebangsaan Cheng di sini hari ini dibatalkan dan digantikan dengan majlis membaca Yassin setelah seorang gurunya meninggal dunia pagi ini disyaki akibat Influenza A (H1N1).

Siti Khatijah Mat, 50, guru penyelaras pendidikan khas di sekolah itu, meninggal dunia pada 5 pagi di Hospital Melaka setelah enam hari dirawat.

Suaminya, Zulkifli Johar, 50, ketika ditemui di hospital itu, berkata Siti Khatijah tidak sihat sejak akhir bulan lepas dan dimasukkan ke sebuah hospital swasta kerana disyaki kerana demam denggi.

"Tetapi demam isteri saya tidak pulih dan pada minggu lepas, beliau dipindahkan ke Hospital Memalak dan menerusi ujian sampel darah yang dilakukan oleh hospital itu, isteri saya disahkan positif H1N1," katanya kepada pemberita.

Zulkifli, penyelaras sukan di Kolej Yayasan Melaka, dan Siti Khatijah mempunyai seorang perempuan berusia 25 tahun dan seorang anak lelaki berusia 11 tahun.

Seorang rakan guru Siti Khatijah berkata acara sambutan Hari Guru di SK Cheng dibatalkan sebagai menghormati pemergian allahyarham.

Pengarah Kesihatan Melaka Datuk Dr Azmi Hashim enggan menyatakan sama ada kematian Siti Khatijah akibat H1N1 kerana pengesahan hanya boleh dilakukan oleh Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan