Cuaca Panas Berjerebu Dijangka Awal Jun

Diterbitkan: Isnin, 17 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia dijangka mengalami cuaca panas berjerebu pada awal Jun berikutan pertukaran angin monsun Barat Daya yang membawa angin, asap dan habuk dari arah Sumatera.

Menurut Pengarah Pusat Ramalan Cuaca Jabatan Meteorologi Malaysia Saw Bun Liong, cuaca panas kering itu dijangka berlanjutan sehingga September dan berkemungkinan disertai dengan angin dan juga jerebu dengan cuaca lebih kering berbanding cuaca yang dialami Malaysia sekarang.

"Berbanding sekarang, awal bulan Jun akan mengalami lebih sedikit hujan berbanding sekarang tetapi dengan suhu cuaca yang sama iaitu di antara 31 dan 32 darjah Celsius," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata, sejak tiga bulan yang lalu, Malaysia melalui monsun peralihan di mana cuaca adalah panas dan lembab dengan suhu mencapai 32 darjah Celsius dan hujan ribut petir yang berlaku tidak menentu.

Bagaimanapun, beliau berkata bulan Mei tahun 1998 pernah mencatatkan suhu yang paling tinggi menjangkau 38.9 darjah Celsius di Chuping, Perlis. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan