BN Perlu Kaji Punca Penolakan Pengundi Cina - Maslan

Diterbitkan: Isnin, 17 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PONTIAN: Barisan Nasional (BN) perlu menjalankan kajian komprehensif bagi mengenal pasti punca penolakan sokongan pengundi Cina di kawasan bandar terutama selepas kekalahan BN pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu semalam.

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata kajian itu perlu meliputi kehendak dan psikologi kaum berkenaan supaya BN dapat memenuhi keinginan masyarakat itu.

Trend penolakan itu dilihat sejak pilihan raya kecil kerusi Parlimen Permatang Pauh, Bukit Gantang, Hulu Selangor dan kini Sibu, katanya kepada pemberita selepas majlis pecah tanah pusat perniagaan Benut, di sini, hari ini.

"Kita tidak tahu punca kemerosotan sokongan pengundi Cina terhadap BN. Mungkin mereka tidak mahu duit dan mungkin ada perkara lain," katanya, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Pada pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu, calon DAP Wong Ho Leng menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew dan calon Bebas Narawi Haron dengan majoriti tipis 398 undi.

Ahmad berkata kajian itu bukan sahaja perlu dilakukan oleh BN malah boleh diusahakan oleh tenaga penyelidik di universiti tempatan.

Dalam perkembangan lain, beliau mencadangkan supaya DAP dan PAS mendesak Penasihat DAP Lim Kit Siang menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen, menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim, selaku Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Cadangan itu, menurutnya, berdasarkan kedudukan DAP yang kini memiliki 29 kerusi Parlimen berbanding PKR yang memiliki 24 kerusi.

"Sebagai pandangan peribadi, saya merasakan ketua pembangkang mestilah dari kalangan pihak yang banyak memiliki kerusi," tegasnya.

Sementara itu di Padang Besar, Perlis, Naib Presiden UMNO Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata BN perlu memperbaiki kelemahan tertentu berikutan kekalahan calon BN di Sibu.

Katanya keputusan itu perit untuk diterima namum ia tidak mencerminkan rakyat tidak lagi menyokong BN dan UMNO.

Antara kelemahan yang perlu diperbaiki adalah jentera dan gerakan parti komponen BN perlu diperkemaskan dan disatukan, katanya pada majlis perasmian persidangan tahunan cawangan-cawangan UMNO Bahagian Padang Besar hari ini. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan